Friday, 21 June 2013

Komplot Memutar-Belit Kalimah-Kalimah Allah (Bah: 1)


Senarai berikut menunjukkan 28 perkataan-perkataan penting (diantara banyak lagi perkataan-perkataan lain) dalam Al Quran yang telah sengaja diputurbelitkan oleh penjaja-penjaja agama untuk menyesuaikan kepercayaan dalam sistem agama Arab. Perkataan-perkataan ini apabila dibandingkan kegunaannya dengan ayat-ayat lain dalam Al Quran ianya akan jadi tidak konsisten - sedangkan Allah memberitahu kita ayat-ayatNya "konsisten". Perkataan-perkataan ini disertakan dengan terjemahan sebagaimana ianya sepatut difahami:-


1. Perkataan Arab 
2. Kecurangan Arab 
3. Maksud Asas

1. Islam 
2. Bertunduk-patuh 
3. Ketenteraman/Keamanan

Muslim 
2. Seseorang yang bertunduk-patuh 
3. Seseorang yang tenteram

1. Asra 
2. Perjalanan 
3. Memikat

1. Sol-la 
2. Sembahyang ritual 
3. Komit atau berkomited

1. Deen 
2. Agama 
3. Cara hidup yang sempurna

1. Bayta 
2. Rumah Allah 
3. Sistem

1. Bayti-ya 
2. Rumah Aku (Allah) 
3. Sistem Aku (Allah)

1. Baytal Harama 
2. Rumah suci Allah 
3. Landasan-landasan sistem

1. Baiti-ka-mu-harami 
2. Rumah suci Allah 
3. Landasan dlm sistem Kamu

1. maqam 
2. Tanda Tapak Kaki 
3. Kedudukan atau status atau taraf seseorang

1. mu-sol-lan 
2. Tempat sembahyang 
3. Seseorang yang berkomited

1. mu-sol-leen 
2. Orang-orang yang sembahyang 
3. Orang2 yang berkomited

1. Thor-iffin 
2. Mengelilingi rumah batu 
3. Orang ramai

1. A'kiffin 
2. Menumpu kerumah batu 
3. Menumpu kepada sistem Allah

1. Sujud 
2. Bersujud secara fisikal 
3. Merelakan diri

1. ruko' 
2. Bertunduk secara fisikal 
3. Sifat merendahkan diri

1. masajid 
2. Rumah untuk bersembahyang 
3. Dekri-dekri yang direlai

1. Masjidal-lah 
2. Rumah sembahyang Allah 
3. Dekri-dekri yg direlai Allah

1. Masa-jidil-harami 
2. Rumah sembahyang yang suci 
3. Landasan2 dekri Allah

1. Masa-jidil-lah 
2. Rumah sembahyang kepunyaan Allah 
3. Landasan2 dekri untuk Allah

1. Hurumun 
2. Pakaian seragam agama 
3. Larangan-larangan

1. ka'aba 
2. Rumah batu 
3. Buku Lali atau Bahagian kaki dibawah betis

1. hadya 
2. Korban binatang 
3. Petunjuk

1. qola-ida 
2. Kalongan untuk binatang 
3. Garisan undang2 memburu

1. u'mroh 
2. Melawat rumah batu diMekah 
3. Memberi nyawa/memajukan

1. Haji 
2. Lawatan agama tahunan 
3. Cabaran atau mengambil cabaran

1. Zakaa 
2. Bayaran untuk agama 
3. Membersih diri dari kejahatan


Pembacaan secara ringkas senarai diatas akan membuat seseorang itu tidak akan percaya apa yang dia lihat. Bagaimana deria perkataan-perkataan ini boleh dikorup sehingga ketahap ini tanpa disedari oleh sesiapa? Walaupun begitu, sekiranya kita membuat kajian asas dari Al Quran secara membandingkan perkataan-perkataan ini dengan ayat-ayat lain yang mengunakan perkatan-perkataan yang sama sudah pasti kita akan sedar maksud dan makna perkataan-perkataan ini telah sengaja diputar-belitkan, disalah-ertikan dan dipalsukan oleh penjaja-penjaja agama dengan tujuan untuk menakluk dan menguasai cara hidup untuk nafsu kepentingan diri dan berkuasa - secara terang-terang perbuatan mereka amatlah bertentangan dengan tujuan asal Allah dan persuruhnNya. Penyelidikan yang mudah bagi maksud-maksud yang berkaitan dengan perkataan-perkataan diatas dari Al Quran sepatutnya boleh memberi perangsang kepada mereka yang benar-benar mencari kebenaran untuk menjalankan satu kajian dari Al Quran secara peribadi dan tanpa merasa terikat - tanpa peduli pendapat-pendapat yang menguasai pemikiran masyarakat sekeliling. Apa yang penting, Al Quran adalah dokumen yang terpenting bagi setiap manusia yang percaya kepada Allah dan Hari kemudian dan bagi mereka yang mencari kebenaran.

Secara tidak langsung Al Quran menjemput orang-orang yang boleh berfikir untuk menjalankan tugas yang sama untuk merenung dan mengkajinya. Janji-janji ini diulang sebanyak empat kali dalam satu sura seperti berikut:

"Sesungguhnya Kami telah permudahkan Al Quran itu untuk pelajaran - maka adakah sesiapa yang memngambil peringatan?" (54:17,22,32 dqn 40)

Perkara yang nyata ialah penjaja-penjaja agama telah memutar belitkan empat ayat kunci dalam Al Quran untuk memperkuatkan apa yang mereka telah ada-adakan. Setelah membuat penukaran maksud sebenar kepada ayat-ayat ini, kesan dari tamparannya ialah - mereka terpaksa membuat beberapa perubahan kepada maksud ayat-ayat lain supaya ianya "dilihat" sebagai "kosisten". Sebaliknya hasil dari produk ini kita dapati satu bacaan Al Quran yang diturunkan oleh Allah yang telah dinodai oleh tangan-tangan manusia penuh dengan teka-teki yang bercanggah dan disalah anggap. Ternyata serangan seperti ini akhirnya telah membuktikan satu malapetaka. Bukti-bukti yang menyakitkan ini jelas dilihat dalam Surah 2:124-129 dimana lapan perkataan Arab telah diputarbelikan untuk menyesuaikan amalan-amalan ritual yang dikaitkan dengan Ibrahim - Surah 5:1-5 satu aturan tentang penjagaan pemeliharaan binatang buas telah di putarbelitkan untuk dijadikan satu acara amalan pagan - Surah 3:95-97 diterjemahkan sehingga ianya tidak boleh masuk akal - dan Surah 9:17-20 satu galakan Allah kepada hamba-hambaNya supaya mereka memakmurkan deenNya telah dijadikan sebagai satu amalan untuk melawat sebuah rumah batu ditengah-tengah padang pasir.

Saya menjemput pembaca-pembaca budiman untuk bersama-sama saya dalam satu perjalanan untuk kita bertemu dan mendedahkan komplot oleh penjaja-penjaja agama ini dengan mengunakan Al Quran semata-mata sebagai senjata rujukan kita. Dalam perjalanan ini kita harun ingat Al Quran adalah pemusnah yang paling hebat untuk membongkar sebarang kepalsuan yang telah diturunkan oleh Allah dimuka bumi ini bagi orang-orang yang "Benar".

Princip asas untuk kita meneruskan perjalanan ini ialah:-

Mesej-mesej Al Quran adalah "konsisten" - dengan kata lain setiap tajuk yang bincangkan didalamnya tidak akan bercanggah sepertimana yang dinyatakan:

"Apakah mereka tidak memperhatikan Al Quran itu? Sekira ianya bukan dari Allah - sudah tentu mereka akan dapati banyak percanggahan." (4:82)

Teks Al Quran dalam bahasa Arab adalah satu bahasa Arab dari Allah bukannya bahasa dari mana-mana suku kaum Arab - dan Allah telah berjanji Dia akan menjaga apa yang diturunkanNya dalam Sura 15:9 maka teks ArabNya tidak akan dapat diubah oleh sesiapa yang cuba mengubahnya. Yang mampu dibuat oleh manusia hanyalah menterjemahkannya. Sebarang terjemahan dari bahasa Arab asal - kepada bahasa sekali pun - adalah teks-teks yang datang selain dari Allah - dan inilah yang dimaksudkan dalam ayat 4:82"sekiranya selain dari Allah sudah tentu mereka dapati banyak percanggahan". 

Allah telah menetapkan bahawa "Al Quran adalah "Hadith" atau "mesej" yang paling baik dan ianya saja yang "kosisten". Terdapat sebanyak 29 perkataan "Hadith" dalam Al Quran dan ayat-ayat berikut mematikan sebarang cadangan atau ide untuk kita guna dalam perjalanan kita untuk mendedahkan komplot penjaja-penjaja agama ini:

"Allah telah menurukan "Hadith" (hadith-sti) sebagai Kitab yang "kosistent".... (39:23)

"Maka kepada "Hadith" (Hadith-sin) manakah sesudah (Al Quran) ini mereka akan beriman."(77:50)

Kriteria kajian ini ialah untuk mencari makna kepada sesuatu perkataan yang curang apabila ianya dibandingkan dengan perkataan yang sama yang digunakan dalam ayat-ayat lain. Dalam lain kata, sebarang perbezaan maksud dari sumber-sumber lain selain dari Al Quran ditolak sama sekali samada tafsiran-tafsiran atau kamus-kamus Arab. Allah telah memberitahu kita "Al QuranNya mentafsir ayat-ayatNya sendiri":

"Dan tidaklah mereka datang kepada kamu dengan sebarang hujah - melainkan Kami akan kemukakan dengan kebenaran dan sebaik-baik tafsiran." (25:33)

Dalam Deen Allah Dia tidak memberi sebarang ruang atau tempat untuk pakar-pakar agama, institusi-institusi agama, pakar-pakar bahasa Quran, atau imam-imam, mullah-mullah atau jabatan-jabatan agama. Kesemua ini adalah rekaan manusia sendiri dan Allah tidak pernah memberi sebarang kuasa kepada sesiapa pun untuk menjaga DeenNya. Mengikut Al Quran orang-orang yang mengiktiraf kuasa-kuasa ini sebenarnya telah menjadikan kuasa-kuasa ini sebagai tuhan-tuhan mereka:

"Mereka telah menjadikan pakar-pakar agama (Habr) dan imam-imam (ruh-ba-naa) mereka sebagai tuhan disisi Allah". (9:31)

Tiada siapa yang boleh membuat pengakuan merekalah yang mempunyai kuasa untuk mengajar, menterjemah dengan tepat atau menjelaskan mesej Al Quran kepada sesiapa.

"Yang amat Pemurah, Dia sajalah yang mengajar Al Quran - dan Dialah mencipta manusia - dan Dia sajalah yang mengajar dan menjelas." (55:1-3)

Hanya Allah sahaja yang boleh menjelaskan Al Quran - dan Muhammad sendiri telah diberitahu:-

"Janganlah kamu mengerakkan lidah kamu untuk segera menguasainya. Sesungguhnya ats Kami lah mengumpulkannya dan membacakannya - Maka apabila Kami telah membacanya - maka ikutilah bacaannya - Kemudian sesungguhnya atas Kami lah untuk menjelaskannya." (75:16-18)

Disebabkan kajian ini bedasarkan dari Al Quran semata-mata, dengan itu pengkritik-pengkritik dijemput untuk memberi hujah-hujah mereka dengan mengunakan kaedah-kaedah yang sama - dengan cara bersandar daripada teks-teks Arab yang tidak ada sebarang kecacatan atau kebengkokan:-

"Al Quran dalam bahasa Arab tanpa mempunyai sebarang kebengkokan supaya mereka berprihatin." (39:28)





bersambung di bahagian kedua ............