Sunday, 12 May 2013

Kejadian Wanita : Ulama Di Sesatkan Oleh Yahudi





Kitab Bible membawa terlalu banyak ajaran sesat yang telah merugikan orang kristian selama lebih 1500 tahun. Sebelum zaman kebangkitan Eropah Moden pada abad ke-15, wanita Eropah sering dilayan dengan begitu buruk sekali. Wanita boleh dibunuh, dipukul dan dijual beli seperti binatang peliharaan. Hanya selepas zaman Renaissance setelah orang Eropah menyoal dan menolak ajaran Bible maka wanita Eropah mula diberi penghormatan yang berbeza.

Antara sebab wanita kristian diberi layanan yang begitu teruk ialah ajaran Bible yang menghina wanita sebagai tidak berguna dan tetap menyusahkan lelaki. Antara ajaran Bible yang menghina wanita adalah ayat berikut :    

Kejadian (Genesis), Bab 2.

2:21 Lalu TUHAN Allah membuat manusia itu tidur nyenyak; ketika ia tidur, TUHAN Allah mengambil salah satu rusuk dari padanya, lalu menutup tempat itu dengan daging.

2:22 Dan dari rusuk yang diambil TUHAN Allah dari manusia itu, dibangun-Nyalah seorang perempuan, lalu dibawa-Nya kepada manusia itu.

2:23 Lalu berkatalah manusia itu: "Inilah dia, tulang dari tulangku dan daging dari dagingku. Ia akan dinamai perempuan, sebab ia diambil dari laki-laki."

Inilah ajaran palsu Yahudi daripada Bible yang menghina wanita sebagai produk sampingan atau sisa buangan daripada tulang rusuk lelaki. 

Malangnya ulama silam telah masukkan ajaran Bible yang palsu ini ke dalam mitos hadith dan terus menjualnya sebagai ajaran nabi. Mereka masukkan ajaran Yahudi sesat ini dalam lingkaran hadith sahih nabi. 

Secara sedar atau tidak Ulama hadith telah menjadi jarum Yahudi yang merosakkan umat Islam. Berikut adalah koleksi hadith Bukhari dan Muslim yang mencerminkan ajaran sesat Yahudi daripada Bible.

"Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang dibahagian teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu biarkan sahaja dia akan terus bengkok buat selama-lamanya. Justeru itu berpesan-pesanlah tentang wanita"  (Bukhari & Muslim)

Sila lihat bahawa hadith Bukhari & Muslim ini mencerminkan ajaran Bible yang telah disebut di atas. Jelas bahawa hadith ini telah diciplak daripada Bible Yahudi dan dijual sebagai hadith nabi.

Amat mustahil sekali nabi boleh dipengaruhi ajaran sesat Yahudi daripada Bible kerana lebih awal lagi nabi telah memberi amaran tentang ajaran Bible dan Yahudi.

[Al Baqoroh 79]

Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: "Ini ialah dari sisi Allah", supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu.
 
Inilah angkara orang Yahudi daripada awal lagi. Mereka menulis kitab dengan tangan mereka sendiri dan menjualnya sebagai wahyu dari sisi Allah swt.

Dan nabi terus mengingati kita lagi :

[3: 100]  Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taat akan sesuatu puak dari orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu, nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman. 

[3:101]  Dan bagaimana kamu akan menjadi kafir padahal kepada kamu dibacakan ayat-ayat Allah (Al-Quran), dan dalam kalangan kamu ada RasulNya? Dan sesiapa berpegang teguh kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah beroleh petunjuk hidayah ke jalan yang betul.

Sudah tentu mereka yang menuliskan ajaran palsu ke dalam kitab Bible termasuk dalam golongan Yahudi dan Nasrani durjana yang tidak patut kita mencontohi mereka. Jika kita mengikuti mereka, kita akan kembali jadi orang-orang kafir.

Jelas bahawa hadith karya Bukhari dan Muslim tentang wanita dicipta daripada tulang rusuk lelaki asal usulnya telah diciplak daripada ajaran sesat Bible.

Apakah ajaran Al Quran dalam perkara ini? Sila kita perhatikan :

[Al Nisaa 1 ] 

Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dari nafs perempuan yang satu, dan yang mencipta daripada perempuan itu suaminya (pasanganya) dan dari kedua mereka ramai lelaki dan perempuan. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, dan peliharalah kemesraan; sesungguhnya Allah sentiasa memerhati kamu.

Ya ayyuha nas - Wahai sekalian manusia
ittaqoo rabbakumu - bertaqwalah kepada Tuhan kamu
allazi khalaqakum - yang telah menciptakan kamu
min - dari
nafsin - nafs perempuan
wahidatin - yang satu (perempuan)
wakhalaqa - dan mencipta
minha - daripada perempuan itu
zawjaha - suaminya (pasangannya)
wabaththa minhuma - dan dari kedua mereka 
rijalan katheeran wanisaan - ramai lelaki dan wanita
waittaqoo-llaaha - Dan bertaqwalah kepada Allah 
allazi tas'aloona bihi - yang kamu selalu meminta
wal-arhama - dan peliharalah kemesraan 
inna Allaha - sungguhnya Allah
kana alaykum raqeeban - senantiasa memelihara kamu

Apabila menterjemah ayat Al Nisaa : 1 ini, hampir semua ulama tafsir dengan sengaja menipu orang tentang kalimah berikut :

nafsin - nafs perempuan
wahidatin - yang satu (perempuan)
wakhalaqa - dan mencipta
minha - daripada perempuan itu
zawjaha - suaminya (pasangannya)

Kalimah nafsin, wahidatin, minha dan zawjaha semuanya membawa maksud mu'annath atau wanita. 

Nafsin tidak boleh membawa maksud muzakkar (lelaki). Begitu juga kalimah wahidatin, minha dan zawjaha semuanya adalah mu'annath atau wanita. Langsung tidak boleh diterjemah atau ditafsir menjadi muzakkar (lelaki).

Nafs atau individu pertama yang diciptakan Allah swt adalah wanita - bukan lelaki. Jadi mustahil sekali nabi bersabda bahawa wanita dicipta daripada tulang rusuk lelaki. Lagipun Al Quran langsung tidak sebut tentang tulang rusuk lelaki.

Cerita wanita dicipta daripada tulang rusuk lelaki adalah embohongan ulama tafsir yang telah dipengaruhi ajaran Bible Yahudi yang mereka muatkan sebagai hadith sahih nabi. 

Kebenaran dari Allah dan Rasul daripada Al Quran ialah bahawa ciptaan manusia yang pertama  adalah wanita dan bukan lelaki.

Dan Adam tidak menjadi ciptaan manusia yang pertama. Sewaktu Allah swt menjadikan Adam, para malaikat bertanya Tuhan apakah Engkau akan meletakkan di atas bumi seorang yang akan porak perandakan keadaan dan menumpahkan darah sesama mereka? Inilah ayatnya :

[Baqoroh 30]  Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya : "Adakah Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".

Maksudnya sebelum kejadian Adam, para malaikat pernah melihat manusia yang suka berbunuh dan menumpah darah sesama sendiri. Manusia telah wujud daripada sebelum Adam.

Dari Surah Al Nisaa : 1 ianya jelas bahawa manusia pertama yang diciptakan adalah wanita dan bukan lelaki.

Mitos tentang wanita diciptakan daripada tulang rusuk lelaki adalah ajaran palsu Yahudi dalam Bible. Ulama agen Yahudi telah selitkan jarum Yahudi yang halus itu ke dalam koleksi mitos Bukhari, Muslim dan sebagainya dan terus dijual sebagai hadith nabi yang sahih. 

Awasilah ajaran Bible Yahudi. Jika kita mendokong ajaran Yahudi sesat kita boleh kembali menjadi kafir.

[3: 100]  Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taat akan sesuatu puak dari orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu, nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman. 

[3:101]  Dan bagaimana kamu akan menjadi kafir padahal kepada kamu dibacakan ayat-ayat Allah (Al-Quran), dan dalam kalangan kamu ada RasulNya? Dan sesiapa berpegang teguh kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah beroleh petunjuk hidayah ke jalan yang betul.

Mendokong ajaran Yahudi adalah syirik yang bakal menjemput bala Tuhan ke atas kepala kita. Selagi umat Islam mendokong ajaran sesat kaum Yahudi maka selama itulah mereka akan kekal dalam kedhaifan, kebodohan, kemiskinan, kebuluran, kebencian terhadap manusia lain dan sesama sendiri dan keganasan yang tanpa putus. 

Awasilah jarum Yahudi.