Ulama silam telah mengajar umat Islam meletakkan ayat Quran dan ayat-ayat keramat pada tembok, dinding, bendera, atas pintu masuk, depan kereta dan juga menulisnya di tangkal yang diikat pada tangan, leher dan pinggang. Yang berikut adalah beberapa contoh. :
Tangkal yang dipercayai ada kuasa ajaib
Kalimah 'lailaaha illallahu muhammadarasulullah' di bendera Arab Saudi
Ayat Kursi dalam bingkai digantung atas pintu masuk untuk menghalau syaitan dan menjemput tuah
Kesemua amalan menggantungkan ayat dan tulisan keramat untuk menghalau syaitan, menjemput tuah, mencari berkat dan pahala atau untuk menjadi kebal adalah ajaran shirik Yahudi daripada Bible. Berikut adalah rujukannya:
Bible, Deuteronomy 11:17-19 : "Then the Lord’s anger will burn against you, and he will shut up the heavens so that it will not rain and the ground will yield no produce, and you will soon perish from the good land the Lord is giving you. 18 Fix these words of mine in your hearts and minds; tie them as symbols on your hands and bind them on your foreheads. 19 Teach them to your children, talking about them when you sit at home and when you walk along the road, when you lie down and when you get up."
Terjemahan Bible Bahasa Indonesia - Ulangan 11:17-19
11:17 Jika demikian, maka akan bangkitlah murka TUHAN terhadap kamu dan Ia akan menutup langit, sehingga tidak ada hujan dan tanah tidak mengeluarkan hasil, lalu kamu lenyap dengan cepat dari negeri yang baik yang diberikan TUHAN kepadamu.
11:18 Tetapi kamu harus menaruh perkataanku ini dalam hatimu dan dalam jiwamu; kamu harus mengikatkannya sebagai tanda pada tanganmu dan haruslah itu menjadi lambang di dahimu.
11:19 Kamu harus mengajarkannya kepada anak-anakmu dengan membicarakannya, apabila engkau duduk di rumahmu dan apabila engkau sedang dalam perjalanan, apabila engkau berbaring dan apabila engkau bangun;
Inilah antara ajaran Yahudi dalam Bible yang menyuruh pengikut Bible supaya "harus menaruh perkataanku ini dalam hatimu dan dalam jiwamu; kamu harus mengikatkannya sebagai tanda pada tanganmu".
Inilah asalnya amalan shirik menggantung "tulisan keramat" pada dinding, tembok, pintu masuk dan tangkal pada tangan dan leher untuk menghalau musibah dan menjemput berkat.
Semua ini adalah perbuatan shirik yang tidak terjumpa dalam Al Quran.
Dan anda pasti kenal dua kalimah berikut - tulisan Arab bagi 'Allah' dan 'Muhammad'. Kedua kalimah ini biasanya tertera di dinding masjid, di rumah, dalam kereta dan bas.
Begitu juga perbuatan menggantungkan kalimah 'Muhammad' dan kalimah 'Allah' pada dinding rumah, masjid dan dalam kereta adalah ekoran daripada ajaran Bible yang sama.
Yang menjadi lebih buruk ialah meletakkan 'Muhammad' pada taraf yang sama dan sebelah kalimah 'Allah' adalah perbuatan shirik. Kita tidak boleh samakan 'Muhammad' dengan 'Allah' pada bila masa pun.
Tetapi lebih daripada itu, menyebut nama Muhammad dalam syahadah, dalam azan dan sewaktu berucap kalimah syahadah adalah perbuatan shirik yang membatalkan sembahyang dan menyesatkan akidah umat Islam.
Para ulama akan berkata bahawa menyebut nama 'Muhammad' dalam syahadah, dalam azan dan sewaktu berucap hanyalah sebagai satu penghormatan saja dan bukan untuk menyembah nama 'Muhammad'. Ini adalah satu lagi penipuan besar oleh ulama.
Semua orang sedia faham bahawa sembahyang itu ditujukan kepada Allah. Pada waktu yang sama, jika kita tidak menyebut nama 'Muhammad' dalam azan dan syahadah, sembahyang kepada Allah tidak sah dan akan terbatal. Maksudnya sembahyang umat Islam kepada Allah bergantung kepada mereka membayar tol dulu kepada nama 'Muhammad'. Tanpa sebut 'Muhammad' sembahyang tak sah.
Ini adalah ajaran palsu ulama yang langsung tidak direstui oleh Allah dan RasulNya. Dalam Quran dengan jelas sekali Allah dan RasulNya telah mengajar kita ayat yang berikut :
[39:45] Dan (di antara keburukan orang-orang yang melakukan syirik): apabila disebut nama Allah semata-mata, segan serta liarlah hati mereka yang tidak beriman kepada hari akhirat; dan apabila disebut nama-nama yang lain dari Allah, mereka dengan serta merta riang dan gembira.
Jadi apabila disuruh supaya sebut nama Allah sahaja sewaktu sembahyang, azan dan syahadah hati para ulama akan menjadi liar dan mengamok. Mereka hanya akan riang dan gembira apabila kita setuju untuk menyebut nama Muhammad disamping nama Allah. Ini adalah kerana mereka sebenarnya tidak beriman kepada hari akhirat. Mereka mendewakan seorang manusia - walaupun manusia itu adalah seorang Rasul Allah yang mulia.
Lebih jelas lagi adalah ayat berikut yang melarang umat Islam daripada menyebut nama sesiapa pun selain daripada nama Allah dalam 'masjid-masjid'.
[72:18] "Dan bahawa sesungguhnya masjid-masjid itu untuk Allah semata-mata; maka janganlah kamu seru dan sembah sesiapapun bersama-sama Allah.
Malangnya bukan saja ulama silam menyuruh kita menyebut nama 'Muhammad' tetapi sewaktu sembahyang terawih, imam terawih juga menyebut nama Umar, Abu Bakar, Othman dan lain-lain manusia. Semua ini adalah perbuatan shirik yang merosakkan akidah dan menyesatkan umat Islam jauh, begitu jauh sekali daripada Islam tulen ajaran Allah dan RasulNya.
Malangnya bukan saja ulama silam menyuruh kita menyebut nama 'Muhammad' tetapi sewaktu sembahyang terawih, imam terawih juga menyebut nama Umar, Abu Bakar, Othman dan lain-lain manusia. Semua ini adalah perbuatan shirik yang merosakkan akidah dan menyesatkan umat Islam jauh, begitu jauh sekali daripada Islam tulen ajaran Allah dan RasulNya.
Perbuatan shirik para ulama ini tidak beza daripada orang kristian yang telah mendewakan Jesus Christ atau orang Yahudi yang telah mendewakan Uzair (Ezra). Berikut adalah rujukan Al Quran yang menceritakan kekufuran ini :
[9:30] Dan orang-orang Yahudi berkata: "Uzair ialah anak Allah" dan orang-orang Nasrani berkata: "Al-Masih ialah anak Allah". Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu; semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?
Perbuatan orang kristian dewakan nabi Isa dan orang Yahudi dewakan Uzair sebagai anak Tuhan adalah perbuatan shirik dan kafir. Kepercayaan ulama silam yang berkata tanpa sebut nama Muhammad sembahyang tak sah, azan tak sah malah seseorang itu tidak boleh memasuki Islam tanpa sebut nama Muhammad dalam kalimah syahadah semuanya adalah pendewaan juga yang membawa kepada shirik dan kafir - tidak beza daripada kristian dan Yahudi yang dewakan Isa dan Uzair.
Semua ini adalah ajaran shirik dan kesesatan yang nyata yang telah diciplak oleh ulama silam daripada ajaran Yahudi atau yang telah diselitkan oleh orang Yahudi untuk menyesatkan ulama silam.
Jelaslah bahawa ulama silam telah dirasuk jarum Yahudi yang sangat halus. Maka itulah sebabnya umat Islam telah hancur lebih seribu tahun semenjak hadith-hadith palsu dibukukan oleh ulama seperti Bukhari, Muslim, Tarmizi dan kemudian dijual sebagai hadith nabi dan sunnah nabi.
Sebenarnya tulisan mereka bukan hadis nabi atau sunnah nabi tetapi ajaran palsu Yahudi dan kristian yang diciplak daripada Bible Yahudi.