Dalam banyak puak dan hizbul yang wujud dalam dunia ini, terdapat juga suatu gerombolan manusia yang menggelar diri mereka Hizbul Tahreer (atau Hizbut Tahreer mengikut belakang T shirt yang mereka pakai).
Website mereka terjumpa di mykhilafah.com. Siapakah Hizbul Tahreer ini? Sebenarnya mereka adalah cabangan kepada puak Hizbut Tahreer yang telah diwujudkan oleh Israel dan Mossad untuk terus merosakkan dan menjahanamkan umat Islam sedunia.
Hizbut Tahreer telah diasaskan oleh Taqiuddin al Nabhani di Baitul Muqaddis pada 1953. Daripada awal lagi Hizbut Tahreer bertujuan (seperti banyak kumpulan anti Zionis lain) untuk menghalau Yahudi daripada tanah Palestin. Sebenarnya Hizbut Tahreer telah dibiayai dan diwujudkan oleh Israel sendiri.
Sebabnya adalah paling mudah sekali. Israel memerlukan Hizbut Tahreer untuk senantiasa memukul gendang jihad dan perang untuk mengancam Israel. Hizbut Tahreer dan kumpulan yang serupa amat perlu bagi Israel dijadikan alasan untuk mendapat bantuan ketenteraan dan kewangan daripada Amerika, Britain dan negara lain. Tanpa ancaman daripada kumpulan ”jihad” seperti ini, Israel tidak boleh wujudkan negeri Israel yang bersenjata dan senantiasa sedia untuk berperang.
Dari awal lagi perisik Mossad Israel sudah membiayai dan merasuk banyak kumpulan jihad Arab, termasuk Hizbut Tahreer.
Jarum Yahudi ini sekarang sudah menyelusup masuk ke negara kita dengan tertubuhnya Hizbut Tahreer Malaysia.
Lazimnya Hizbut Tahreer diharam dikebanyakan negara Arab dan negeri Islam lain. Tetapi di Malaysia pula Hizbut Tahreer mendapat ‘lesen besar’ daripada Kerajaan Barisan Nasional untuk bergerak bebas. Hizbut Tahreer dilihat sebagai sayap ketiga untuk melemahkan pengaruh Partai Islam SeMalaysia atau PAS.
Jelas sekali Hizbut Tahreer tidak bersetuju pendekatan PAS yang hanya melagukan Hukum Hudud dan Syariah tanpa memperjuangkan Islam sejagat. Oleh itu Hizbut Tahreer dilihat sebagai satu lagi kumpulan jihad songsang yang boleh melemahkan pengaruh PAS di Malaysia. Kumpulan yang lain termasuk Tableegh dan Darul Arqam.
Israel dan agen mereka sekarang melihat kerajaan Malaysia pimpinan Najib Tun Razak sebagai tidak lagi mengancam kedudukan Israel. Maka agen Yahudi mendapati makin susah untuk menggolongkan Malaysia sebagai negara anti-Yahudi. Ini berlainan sekali dari zaman Tun Dr Mahathir dahulu yang telah senantiasa memperjuangkan hak orang Palestin.
Oleh itu Israel dan agennya bersepakat untuk “mempromosikan” tali barut mereka seperti Hizbut Tahreer untuk meniup semangat jihad di kalangan orang Melayu.
Jangan kita lupa Juma Namangani yang pernah menjadi pemimpin jihad di Uzbekistan dan mempunyai hubungan rapat dengan Hizbut Tahreer. Juma Namangani juga pernah menjadi orang kanan Osama bin Ladin di Afghanistan. Kedua mereka ia itu Osama dan Juma adalah agen CIA dan Israel. Kegiatan mereka dibiayai melalui Duta Pakistan, Turki dan Arab Saudi – yang semuanya adalah agen CIA.
Atas alasan memburu Osama bin Ladin, Amerika dan Israel telah berjaya menawan Afghanistan dan Iraq. Dan sekarang dengan menggunakan Iraq dan Afghanistan sebagai pangkalan, Israel dan Amerika sudah bersedia untuk mengebom Iran. Pakistan juga semakin hancur apabila puak Taliban daripada Afghanistan yang juga dibiayai oleh Israel dan Amerika makin mengganas.
Sehingga kini, tiga negara Islam Iraq, Afghanistan dan Pakistan sudah hancur dengan bantuan Osama bin Ladin, Juma Namangani, Islamic Movement of Uzbekistan, Hizbut Tahreer dan konco-konconya – yang semua mainkan peranan ‘watak jahat’ untuk menghalalkan Iraq dan Afghanistan ditawan oleh Israel dan Amerika. Israel dan Amerika banyak terhutang budi kepada Osama bin Ladin, Juma Namangani dan kumpulan jihad seperti Hizbut Tahreer.
Ramai orang tidak tahu bahawa pada tahun 1987, Juma Namangani yang ketika itu berusia hanya 18 tahun telah menyertai Tentera Rusia Komunis di Uzbekistan. Pada masa itu tentera Russia telah menakluki Afghanistan. Juma Namangani dilatih oleh pasukan elit komando dan perisik payung terjun Russia (Russian elite paratrooper force) dan “berkhidmat” di Afghanistan melawan pejuang mujahideen Afghanistan.
Setelah Russia ‘jatuh’ pada 1989 dan mengundur daripada Afghanistan, Juma Namangani telah ”menukar uniform” menjadi ‘pejuang Islam’ pula bersama Osama bin Ladin.
Jarum Yahudi dan CIA adalah tersangat halus sehingga umat Islam sendiri tidak boleh merasai suntikan bisanya. Di Malaysia pula, dalam rancangan mereka yang licik dan berfasa itu, tidak lama nanti, Hizbut Tahreer Malaysia akan mendapat liputan luas melalui CNN, BBC dan sebagainya. Ini akan menghitamkan nama baik Malaysia pada pandangan dunia Barat dan bantu kekalkan sokongan Amerika, Britain dan lain-lain terhadap Israel.
Baru-baru ini Hizbut Tahreer telah mengadakan forum untuk membincang kes Kartika Shukarno dan Sisters In Islam. Pada forum ini. penceramah HTM Prof. Dr Mohd Sharifuddin telah menuduh kerajaan Malaysia sebagai tidak mengamalkan hukum Islam kerana hanya menghukum sebat enam kali ke atas wanita bernama Kartika. Mengikut fahaman Hizbut Tahreer hukuman yang setimpal adalah 40 kali atau 80 kali sebatan.
Kepercayaan ini berasaskan hadis yang diragui yang mengatakan bahawa orang yang minum arak harus disebat 40 kali atau 80 kali.
Hadis ini termasuk dalam golongan hadis yang sangat lemah atau palsu kerana hadis ini tidak jelas hukumannya 40 kali atau 80 kali sebat. Ia juga tidak menjelaskan apakah nas untuk memilih 40 kali sebatan atau 80 kali sebatan. Maka umat Islam akan bertelagah mengenainya tanpa putus.
58:19 اسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمُ الشَّيْطَانُ فَأَنسَاهُمْ ذِكْرَ اللَّهِ أُوْلَئِكَ حِزْبُ الشَّيْطَانِ أَلَا إِنَّ حِزْبَ الشَّيْطَانِ هُمُ الْخَاسِرُونَ
"Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati Allah; mereka itulah Hizbul Syaitan. Ketahuilah! Bahawa Hizbul Syaitan itu sebenarnya orang-orang yang rugi." (Surah 58:19).
Tuan Guru.
Kalimat Akhir : Ingatlah. Memakai tudung seolah ianya kehendak Islam adalah kepercayaan palsu dan syirik. Tudung itu adalah ajaran Kristian dan bukan ajaran Islam. Jarum Yahudi adalah tersangat halus. Mendukung ajaran syirik di atas kepala kita pasti akan menjemput bala daripada Tuhan. Maka sebab itu juga umat Islam bergelumang dalam kedhaifan, kemiskinan, kebodohan, keganasan dan kekufuran. Semuanya bala daripada Tuhan. Terutama sekali umat Islam yang berpakaian tudung dan hijab.