Tuesday, 14 May 2013

Hijab kepala ajaran syirik Yahudi



 
Hari ini kita sambung kisah bagaimana ulama hadith telah dipengaruhi ajaran syirik Yahudi tentang hijab tudung kepala.

Pertama sekali kita harus faham ajaran nabi bahawa rambut wanita atau kepala wanita itu bukan sebahagian daripada aurat wanita. Aurat wanita, seperti juga aurat lelaki adalah kemaluan yang ada pada tubuh badan mereka.

Tentu sekali rambut dan kepala tidak termasuk dalam definisi 'kemaluan'. Kita jelas akan maksud ini daripada ayat Quran yang berikut :

Surah an Nur :31 "..dan janganlah mereka (wanita) memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka ..atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan.."

Beginilah bunyinya dalam bahasa Arab

"walaa yubdeena zeenatahunna illa li bu'awlatihinna aw aba-ihinna ..aw altifli allazeena lam yaz-haroo ala awrati alnisaa.."

Maksudnya wanita BOLEH menzahirkan kecantikannya (zeenatahunna) kepada suami, bapa dan seterusnya termasuk kepada anak kecil (tiflihi) yang tidak tahu apa itu aurat wanita (lam yaz-haroo ala awrati alnisaa).

Tiflihi merujuk kepada anak kecil yang masih menyusu (pra-tadika) yang belum faham tentang kemaluan ibu atau kemaluan wanita. Seorang ibu atau wanita boleh menunjukkan kemaluannya (aurati al-nisaa) kepada anak kecilnya atau anak kecil dalam jagaannya.

Ini juga bermaksud seorang wanita atau seorang ibu TIDAK BOLEH menunjukkan kemaluannya (awrati al-nisaa)kepada seorang anak yang sudah mencapai umur di mana anak itu faham tentang kemaluan wanita.

Di sini jelas bahawa awrati al-nisaa hanya merujuk kepada kemaluan wanita dan bukan kepada rambut atau kepala. Jika awrat wanita juga merujuk kepada rambut dan kepala wanita, maksudnya seorang ibu tidak boleh menunjukkan rambut atau kepalanya kepada kesemua anak-anaknya yang sudah dewasa di dalam rumah sendiri pun.

Jadi jelas bahawa awrat al nisaa atau kemaluan wanita tidak merujuk kepada rambut dan kepala wanita.

Kepercayaan bahawa rambut wanita atau kepala wanita merupakan sebahagian daripada awrat wanita adalah ajaran Yahudi yang diambil daripada Bible. Inilah rujukannya daripada Bible :

Kitab Bible, Korintus I

11:5 Tetapi tiap-tiap perempuan yang berdoa atau bernubuat dengan kepala yang tidak bertudung, menghina kepalanya, sebab ia sama dengan perempuan yang dicukur rambutnya.

11:6 Sebab jika perempuan tidak mau menudungi kepalanya, maka haruslah ia juga menggunting rambutnya. Tetapi jika bagi perempuan adalah penghinaan, bahwa rambutnya digunting atau dicukur, maka haruslah ia menudungi kepalanya.
11:10 Sebab itu, perempuan harus memakai tanda wibawa di kepalanya

Inilah ajaran Yahudi dan Kristian yang mengatakan bahawa wanita mesti menutup kepalanya ketika berdoa atau bernubuat (sembahyang). Inilah asal usul ajaran syirik bahawa wanita mesti tutup kepalanya dengan tudung.

Selama 1500 tahun orang kristian telah disesatkan oleh ajaran palsu ini dan memaksa wanita kristian memakai tudung. Sehingga hari ini waita kristian dan yahudi di gereja katolik dan biara Yahudi masih menutup kepala dengan tudung. Gambar pertama di bawah ini menunjukkan wanita katolik memakai tudung hijab kepala ajaran Bible dan Yahudi. 
 
 
Gambar ini pula menunjukkan dua wanita Yahudi sedang memakai tudung hijab kepala sewaktu menghadiri upacara sembahyang di synagogue atau biara Yahudi. Tudung kepala adalah ajaran syirik Yahudi dan bukan ajaran Islam. 






Nabi telah lama mengingatkan kita:

[3: 100] Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taat akan sesuatu puak dari orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu, nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman.

[3:101] Dan bagaimana kamu akan menjadi kafir padahal kepada kamu dibacakan ayat-ayat Allah (Al-Quran), dan dalam kalangan kamu ada RasulNya? Dan sesiapa berpegang teguh kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah beroleh petunjuk hidayah ke jalan yang betul.

Sudah tentu mereka yang menuliskan ajaran palsu ke dalam kitab Bible termasuk dalam golongan Yahudi dan Nasrani durjana yang tidak patut kita mencontohi mereka. Jika kita mengikuti mereka, kita akan kembali jadi orang-orang kafir.


Iu tudung wanita menjadi amat kontroversi dan menyusahkan semua wanita. Pakaian tudung, jilbab labuh dan kelubung lebih sesuai di padang pasir Afrika, India, tanah tandus Arab dan gurun Gobi di China di mana wanita serta lelaki harus menutupi seluruh tubuh mereka daripada panas matahari, angin kering dan debu halus padang pasir.

Malangnya ulama hadith telah di pengaruhi ajaran Yahudi dan Bible dan mengatakan bahawa tudung kepala termasuk dalam ajaran nabi.

Mendokong ajaran Yahudi adalah syirik yang bakal menjemput bala Tuhan ke atas kepala kita. Selagi umat Islam mendokong ajaran sesat kaum Yahudi maka selama itulah mereka akan kekal dalam kedhaifan, kebodohan, kemiskinan, kebuluran, kebencian terhadap manusia lain dan sesama sendiri dan keganasan yang tanpa putus. 


Awasilah ulama jarum Yahudi.