Satu lagi pembohongan Yahudi yang telah rasuk pemikiran umat Islam adalah mitos makhluk Al Buraq – ia itu sejenis haiwan yang menyerupai binatang hybrid yang mencampuri sifat dan ciri-ciri beberapa mahluk lain termasuk manusia.
Berikut adalah gambar lukisan oleh orang Islam Parsi yang menggambarkan nabi menaikki Al Buraq yang menyerupai kuda atau lembu yang berwajah wanita dengan ekornya seperti burung merak.
Sudah tentu imaginasi kartun dan animation Hollywood yang boleh menghasilkan filem seperti Avatar tidak dapat menandingi makhluk Al Buraq karya imaginasi Arab dan Parsi ini.
Makhluk mitos ini diceritakan sebagai membawa nabi dari Mekah ke Baitulmakdis ke pintu syurga untuk berjumpa dengan Tuhan. Seperti biasa dengan cerita palsu, hadis yang menceritakan kisah ini berbeza dan dipertikai ulama lainan zaman.
Contohnya cerita bagaimana nabi telah berangkat dari Mekah ke Baitulmakdis di mana nabi telah imamkan sembahyang dengan nabi Ibrahim, nabi Musa, nabi Isa dan nabi-nabi lain berjemaah di belakangnya. Berikut adalah hadis nya:
“The Prophet then told how he mounted Buraq, for so the beast was named; and with the Archangel at his side, pointing the way and measuring his pace to that of the heavenly steed, they sped northwards beyond Yathrib and beyond Khaybar, until they reached Jerusalem. Then they were met by a company of Prophets - Ibraheem, Musa, Eesa and others - and when he prayed on the site of the Temple, they gathered all together and stood behind The Prophet to join and followed him in prayer.”
Selepas itu, Al Buraq telah membawa nabi ke syurga di mana nabi menerima perintah sembahyang 50 waktu sehari. Soalannya apakah sembahyang berjemaah yang nabi telah imamkan di Baitulmakdis sebelumnya - sebelum nabi menerima perintah sembahyang? Skrip Hollywood sudah silap.
Dan apabila keluar pintu syurga selepas bercakap dengan Tuhan, nabi terserempak dengan nabi Musa pula yang telah menasihatinya rujuk kembali kepada Allah swt untuk mengurangkan waktu sembahyang 50 kali sehari menjadi lima kali sehari saja.
Apa yang perlu disoalkan di sini ialah bagaimana pula nabi Musa boleh sampai dari Baitulmakdis dan menunggu nabi di luar pintu syurga tanpa menaikki Buraq? Jika Buraq itu adalah sejenis makhluk ajaib yang fungsinya untuk terbang di ruang angkasa dengan kelajuan melebihi roket dan komet, maka apakah caranya nabi Musa boleh ‘memotong’ kelajuan Al Buraq sehingga boleh menunggu nabi di luar pintu syurga? Apakah nabi Musa mempunyai Buraq model terkini yang lebih pantas daripada Buraq yang dinaikki nabi?
Kesilapan skrip seperti ini oleh karyawan Arab dan Parsi membongkar cerita dongeng ini dengan mudah dan jelas.
Al Quran menetapkan bahawa mustahil sekali bagi seorang nabi dan rasul untuk membantah atau tidak mahu terima keputusan Allah swt.
[Al Baqoro : 285] Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya". Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat; keampunan Mu wahai Tuhan kami, dan kepada Mu jualah tempat kembali"
“Kami dengar dan kami taat” – sami’na wa ata’na.
Inilah jawapan nabi dan orang Islam terhadap setiap perintah Allah. Maka amat mustahil sekali jika Allah swt telah menetapkan 50 waktu sembahyang sehari, nabi sanggup membantah atau mempertikaikan ketetapan Allah itu.
Apa yang jelas ialah Allah swt tidak pernah mensyaratkan 50 waktu sembahyang sehari. Itu adalah cerita dongeng juga.
Dari mana datangnya cerita imaginasi menaiki Al Buraq untuk sampai ke pintu syurga dan sebagainya?
Jawapannya terletak dalam mitos Yahudi, mitos Yunani, mitos Sumeria dan mitos Hindu yang semuanya mempunyai cerita dongeng tentang makhluk hybrid berkepala manusia, berbadan haiwan, berekor burung dan sebagainya yang boleh terbang menembusi awan, langit dan angkasa untuk sampai ke mahligai-mahligai di syurga dan untuk melawat Takhta Tuhan.
Mitos Yahudi : Merkabah/Merkavah mysticism (or Chariot mysticism) is a school of early Jewish mysticism, c.100 BCE - 1000 CE, centered on visions such as those found in the Book of Ezekiel chapter 1, or in the hekhalot ("palaces") literature, concerning stories of ascents to heaven and the Throne of God. The main corpus of the Merkabah literature was composed in Israel in the period 200–700 CE, although later references to the Chariot tradition can also be found in the literature of the Chassidei Ashkenaz in the Middle Ages
It is most closely associated with the vision in Ezekiel chapter 1 of the four-wheeled vehicle driven by four hayyot ("living creatures"), each of which has four wings[5] and the four faces of a man, lion, ox, and eagle
Dan berikut adalah rujukan Bible menceritakan kuda ajaib yang ditunggang Nabi Isa pada hari Second Coming.
Mitos Bible : The Heavenly Warrior Defeats the Beast
Mitos Bible : The Heavenly Warrior Defeats the Beast
Revelation 19:11 “I saw heaven standing open and there before me was a white horse, whose rider is called Faithful and True. With justice he judges and wages war. 12 His eyes are like blazing fire, and on his head are many crowns. He has a name written on him that no one knows but he himself..”
Berikut pula adalah gambar yang mewakili kepercayaan kebudayaan lama tentang haiwan ajaib yang bermuka manusia, berbadan haiwan, bersayap dan berekor yang tujuannya boleh terbang menembusi angkasa. Inilah antara asal usul mitos Al Buraq.
'Buraq' mitos Hindu yang disebut khamdenu. Perhatikan ekor burung merak dan wajah perempuan, serupa dengan Al Buraq Parsi dan Arab di atas.
'Buraq' mitos Sumeria yang dipanggil Limassu. Wajahnya lelaki
'Buraq' mitos Yunani yang disebut pegassus - kuda ajaib yang bersayap
Buraq mitos Yunani juga yang disebut centaur.
Kesemua contoh 'buraq' ini hasil mitos dan cerita dongeng semata. Percayalah nabi tidak pernah menaiki sebarang makhluk atau haiwan yang namanya Buraq untuk melawat Allah swt di syurga.
Nabi kita tidak pernah singgah di Baitulmakdis dengan menunggang Al Buraq sebelum berlepas ke syurga untuk diberi perintah sembahyang 50 waktu sehari.
Nabi kita tidak pernah mengimamkan sembahyang di Baitulmakdis dengan nabi Musa, Ibrahim dan Isa dalam jemaahnya. Mereka semua sudah mati dan tidak boleh hidup kembali untuk bersembahyang jemaah dengan nabi. Itu semua adalah cerita dongeng.
Begitu juga setelah sembahyang berjemaah di Baitulmakdis, nabi Musa tidak boleh ‘memotong trip’ Al Buraq untuk menunggu nabi di luar pintu syurga pula. Nabi Musa tidak mempunyai Al Buraq yang lebih laju yang boleh mendahului nabi untuk sampai ke pintu syurga.
Ini juga bermaksud bahawa segala ketegangan antara orang Islam, orang Kristian dan orang Yahudi sejak Masjid Al Aqsa dibina di Baitulmakdis lebih 1000 tahun dahulu adalah berasaskan mitos dan cerita dongeng semata.
Begitu juga Perang Salib antara kristian dan tentera Islam selama seratus tahun, pembunuhan beratus ribu orang kristian dan beratus ribu orang Islam dalam Perang Salib untuk merebut Masjid Al Aqsa yang digelar 'tanah suci' serta ketegangan dan peperangan sehingga ke hari ini antara orang Yahudi dan orang Islam untuk menguasai kawasan sekitar Masjid Al Aqsa semuanya adalah berasaskan kepercayaan karut dan palsu yang tidak pernah berlaku.
Orang Islam membunuh orang lain dan mereka juga dibunuh untuk mempertahankan mitos dan cerita dongeng. Sebab sudah tentu nabi tidak pernah menaikki makhluk mitos "al buraq" dari Mekah ke Baitulmakdis dan beliau juga tidak naik ke langit dari tempat yang dikenali sebagai Masjid Al Aqsa pada hari ini.
Peristiwa itu tidak pernah berlaku di tempat yang dikenali sebagai Masjid Al Aqsa di Baitulmakdis pada hari ini.