Wednesday, 15 May 2013

Poligami komplot Yahudi untuk menghancurkan umat Islam


Cuba kita bayangkan seorang lelaki Kristian yang mempunyai lebih daripada satu pasangan wanita. Katakanlah lelaki kristian itu mempunyai dua atau tiga teman wanita kegemarannya yang ditidurinya. Dan ketiga wanita itu pula rela dijadikan "spare tyre" berlebihan untuk melayan seorang lelaki sahaja.

Apakah hukumnya perbuatan serupa ini daripada sudut pandangan ulama? Sudah tentu para ulama akan mengatakan bahawa ini adalah perbuatan berzina dan amalan kesundalan. Tiga atau empat orang wanita yang rela menjadi pasangan seks secara 'berpoligami' dengan seorang lelaki kristian sebenarnya adalah wanita sundal.

Jadi apakah bezanya jika seorang lelaki arab pula meniduri empat orang wanita atas alasan dia telah berkahwin dengan mereka?

Apakah hanya sekeping surat nikah dengan dilekatkan gambar saiz paspot, tanda tangan kadi Siam atau cap pejabat ketua jemaah kampong di Pakistan boleh menukar amalan bersundal dengan ramai pasangan seks menjadi perkahwinan yang halal pula?

Apabila seorang kristian meniduri pasangan wanita yang ramai, ianya dianggap kesundalan di mana wanita yang ramai melacurkan diri kepada seorang lelaki.

Bezanya pada zaman moden ini walaupun orang Barat gemar berpasangan dengan ramai wanita untuk seks, mereka masih tidak membenarkan poligami. Poligami adalah haram dari sudut pandangan orang Barat moden. Mereka sedar bahawa poligami mengakibatkan perpecahan rumahtangga. Bini tua akan benci bini muda dan sebaliknya. Suami pula akan lebih seronok tidur bersama bini muda daripada bini tua.

Sebab itulah anak-anak daripada keluarga poligami sering mengalami gangguan mental dan tekanan saikoloji yang kekal. Kesemua anak daripada keluarga poligami merebut kasih sayang dan perhatian ayah. Anak kepada bini tua akan merasa terpinggir oleh ayah yang mengambil bini muda. Mereka juga akan membenci dan menyimpan dendam terhadap keluarga tiri mereka.

Di tanah arab anak lelaki hasil daripada poligami pernah bunuh-membunuh saudara tiri mereka untuk merebut harta bapa.

Pada realitinya bukan saja poligami merosakkan kesejahteraan rumah tangga tetapi ia juga melahirkan generasi anak muda yang bengis, benci, tidak menghormati wanita, mengutuk bini muda bapa mereka sebagai sundal, tidak mempunyai perasaan kasih sayang terhadap keluarga dan tidak yakin akan institusi kekeluargaan.

Semua ini adalah kenyataan dan bukan cerita rekaan semata. Sesiapa saja yang pernah mengamalkan poligami akan faham kebenaran ini. Dan sesiapa di antara pembaca yang dilahirkan dalam keluarga poligami akan kenali kebenaran ini - mungkin kepada tahap yang lebih teruk dan dahsyat lagi. Poligami merosakkan institusi kekeluargaan dan menghancurkan masyarakat Islam.

Soalannya ialah melihat bahawa poligami adalah satu kecelakaan besar yang menimpa umat manusia maka bolehkah Nabi mengamalkan poligami atau menyuruh umat Islam berpoligami? Jawapannya sudah tentu tidak.

Semua ajaran ulama tentang poligami adalah ajaran palsu yang asalnya daripada ajaran Bible Yahudi. Kita akan melihatnya sekarang.

Bible, Yesaya 4 : 1

4:1 Pada waktu itu tujuh orang perempuan akan memegang seorang laki-laki, serta berkata: "Kami akan menanggung makanan dan pakaian kami sendiri; hanya biarlah namamu dilekatkan kepada nama kami; ambillah aib yang ada pada kami!"

Maksudnya seorang lelaki akan berpoligami dengan tujuh orang wanita. Inilah sebahagian saja daripada ajaran sesat Bible Yahudi tentang poligami. Sila lihat ayat berikut :

Bible, 2 Samuel 12 : 8

12:8 Telah Kuberikan isi rumah tuanmu kepadamu, dan isteri-isteri tuanmu ke dalam pangkuanmu. Aku telah memberikan kepadamu kaum Israel dan Yehuda; dan seandainya itu belum cukup, tentu Kutambah lagi ini dan itu kepadamu.

Dalam ayat ini pihak yang menang pertempuran diberi isteri-isteri tuannya (poligami) ke dalam pangkuannya sebagai tawananan perang.

Selain dari dua ayat ini terdapat banyak lagi ayat Bible Yahudi yang bercerita tentang poligami. Antaranya cerita tiga orang isteri Nabi Musa ia itu Zipporah seorang wanita Yahudi, seorang lagi isteri bangsa Habsyah dan ketiga adalah wanita keturunan Kenite.

Bible Yahudi juga menceritakan bahawa Nabi Ibrahim mempunyai sekurangnya dua orang isteri Hajar dan Sarah. Dan Nabi Sulaiman pula dikatakan telah meniduri 1000 orang wanita!!

Bible, Raja-Raja I, 11:1-3

11:1 Adapun raja Sulaiman mencintai banyak perempuan asing. Di samping anak Firaun ia mencintai perempuan-perempuan Moab, Amon, Edom, Sidon dan Het,

11:2 padahal tentang bangsa-bangsa itu TUHAN telah berfirman kepada orang Israel: "Janganlah kamu bergaul dengan mereka dan merekapun janganlah bergaul dengan kamu, sebab sesungguhnya mereka akan mencondongkan hatimu kepada allah-allah mereka." Hati Sulaiman telah terpaut kepada mereka dengan cinta.

11:3 Ia mempunyai tujuh ratus isteri dari kaum bangsawan dan tiga ratus gundik; isteri-isterinya itu menarik hatinya dari pada TUHAN.

Ini adalah satu fitnah besar terhadap nabi Allah Sulaiman. Bible Yahudi memfitnah Nabi Sulaiman berpoligami dengan 700 orang isteri dan berzina dengan 300 orang gundik sundal.

Semua ini adalah cerita palsu dan karut ajaran ulama Yahudi untuk merosakkan umat manusia. Malangnya para ulama telah mengambil ajaran sesat Yahudi ini dan terus dimuatkan dalam hadith sebagai ajaran Nabi, hadith sahih dan sebagainya. Contohnya inilah kisah Nabi Sulaiman meniduri 60 orang isteri pada satu malam dalam hadith Bukhari.

"Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari.Rasulullah s.a.w. selanjutnya bersabda, ``Kalaulah Nabi Sulaiman a.s. menyertai azam atau hasratnya itu dengan kata-kata `insya-Allah' (jika Allah menghendaki), sudah tentu kesemua 60 orang isterinya itu akan mengandung dan melahirkan anak lelaki, yang boleh dijadikan pasukan berkuda untuk berjuang di jalan Allah sebagaimanayang diharapkannya.''

Cerita ini diubahsuai daripada ajaran Bible Yahudi yang mengatakan Nabi Sulaiman mempunyai 700 orang isteri. Cuma dalam hadith ini bilangan isteri dikurangkan menjadi 60 orang sahaja.

Al Quran tidak menceritakan dalam satu ayat pun bahawa Nabi Musa, Nabi Ibrahim atau Nabi Sulaiman mempunyai lebih daripada seorang isteri.

Sebaliknya ajaran Nabi yang sebenarnya dalam Al Quran mengharamkan poligami dengan begitu jelas sekali.

4:129 Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara wanita (nisaa) sekalipun kamu bersungguh-sungguh; oleh itu janganlah kamu condong dengan melampau sehingga kamu biarkannya tergantung; dan jika kamu membuat baik dan memelihara diri, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Maksudnya kamu tidak boleh berlaku adil kepada lebih dari seorang wanita. Maka janganlah kamu bercondong sangat hendak mempunyai pasangan yang ramai.

Surah 33:4 Allah tidak sekali-kali menjadikan seseorang mempunyai dua hati dalam rongga dadanya; dan Ia tidak menjadikan jodoh kamu (azwaajakumu) yang kamu "zihar" kan itu sebagai ibu kamu; dan Ia juga tidak menjadikan anak-anak angkat kamu, sebagai anak kamu sendiri. Yang demikian itu hanyalah perkataan kamu dengan mulut kamu sahaja. Dan Allah menerangkan yang benar dan Dia lah jua yang memimpin ke jalan yang betul.

Lelaki tidak diberi dua hati dalam dadanya. Lelaki tidak boleh mencintai dua orang wanita pada waktu yang sama. Ia akan menimbulkan masalah. Begitu juga seorang wanita tidak diberi dua hati dalam dadanya. Seorang wanita tidak boleh menyimpan dua orang lelaki dalam hatinya. Ia akan menimbulkan masalah. 

Mereka yang mengatakan bahawa mereka boleh menyimpan lebih dari seorang kekasih dalam hati mereka sebenarnya bercakap bohong. Yang demikian itu hanyalah percakapan mereka sahaja dengan mulut mereka sahaja. Ia tidak datang daripada Allah atau Nabi.

Sekarang kita akan melihat ayat Quran yang dipesongkan oleh ulama yang telah dipengaruhi Yahudi untuk menghalalkan poligami.

[4 : 2] Dan berikanlah kepada anak-anak yatim itu harta mereka, dan janganlah kamu tukar-gantikan yang baik dengan yang buruk; dan janganlah kamu makan harta mereka dengan harta kamu; kerana sesungguhnya itu adalah dosa yang besar.

[4: 3] Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim maka nikahkanlah (fankihuu) sesiapa yang baik bagimu dari wanita-wanita berdua, bertiga atau berempat. Jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil maka seorang sahaja, atau dari mereka yang kamu menjadi penjaganya (maa malakat aimaanukum). Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.

Sila perhatikan perkataan fankihuu dalam ayat 4:3 ini. Fankihuu maksudnya 'nikahkan mereka kepada orang lain'. Fankihuu bukan bermaksud 'nikah dengan mereka untuk diri kamu sendiri'.

Kita dapat fahami perkara ini dari sebuah ayat lain yang juga sebut perkataan ini. Sila lihat :

Surah 24:32 Dan nikahkanlah (wankihuu) orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari budak lelaki dan budak perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas, lagi Maha Mengetahui.

Tersangat jelas di sini bahawa kita disuruh untuk menikahkan orang bujang (wankihu) samada lelaki atau perempuan dan orang soleh dari budak lelaki dan perempuan. Ini adalah satu perbuatan baik untuk membantu manusia. Ayat ini tidak menyuruh kita untuk BERNIKAH dengan mereka (lelaki dan perempuan) tetapi untuk MENIKAHKAN mereka (lelaki dan perempuan) kepada orang lain supaya mereka boleh mulakan rumahtangga sendiri.

Kita juga perlu meneliti perkataan berdua, bertiga dan berempat (mathnaa wathulaatha waruba'a) yang tersebut dalam ayat 4:3 tadi. Perkatan "berdua, bertiga dan berempat" juga tersebut dalam ayat berikut :

35:1 Segala puji bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, yang menjadikan malaikat utusan-utusan yang bersayap: berdua, bertiga dan berempat (mathnaa wathulaatha waruba'a); Ia menambah pada bentuk kejadian makhluk yang diciptakanNya apa jua yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Ini tidak bermaksud bahawa malaikat mempunyai dua, tiga atau empat sayap dengan kelajuan maksimum yang berlainan atas sebab bilangan sayapnya yang berlainan. Berdua, bertiga dan berempat adalah mithalan yang membawa maksud banyak. Malaikat mempunyai banyak sayap atau keupayaan (mathnaa, wathulaatha waruba'a).

Begitu juga pada Surah 4:3 kita diperintah menikahkan anak-anak yatim yang ada dalam jagaan kita secara beramai-ramai. Bukan maksud kita boleh kahwini dua, tiga atau empat orang isteri.

Ulama agen Yahudi telah selitkan poligami ke dalam hadis rekaan mereka dan kemudian dijual sebagai hadith sahih dan hadis nabi. Poligami sebenarnya ajaran Yahudi silam untuk melemahkan musuh mereka. Orang Yahudi sendiri tidak mengamalkan poligami.

Dalam hal ini Yahudi telah berjaya dengan cemerlang sebab paling ramai sekali Arab, Melayu dan orang Islam lain telah terjerat oleh perangkap poligami.

Kepercayaan bahawa poligami adalah ajaran Islam adalah kepercayaan syirik. Dan syirik pula menjemput bala dan kemurkaan Allah swt. Maka sebab itulah keluarga Melayu yang berpoligami menjadi miskin kerana bapa tidak mampu menjaga ekonomi kesemua bini.

Anak poligami pun hidup merana dalam kemiskinan. Akhir sekali anak keluarga poligami serba kekurangan dari segi pakaian, makanan, persekolahan, wang perbelanjaan dan kasih sayang serta bimbingan bapa.

Akibatnya mereka akan kecundang dalam pelajaran dan menjadi beban kepada masyarakat. Menghisap dadah, menjadi pelacur, meremehkan hak orang lain adalah antara kesan negatif yang menimpa anak keluarga poligami. Ianya bukan kebetulan sahaja bahawa negeri yang mempunyai ramai keluarga poligami juga terkenal sebagai negeri yang melahirkan ramai pelacur dan penghibur GRO.

Poligami bukanlah termasuk dalam ajaran Nabi. Jauhilah poligami kerana poligami adalah ajaran Yahudi dalam Bible.

Ulama yang berkata bahawa nabi telah mengajar kita untuk berpoligami adalah pembohong yang memfitnahkan nabi kita. Ulama ini sebenarnya adalah agen Yahudi. Awasilah ulama jarum Yahudi.