Biasanya berhala-berhala batu ini beri teduhan di lapangan terbuka dan ditempatkan dalam kubah yang berbentuk setengah bulat sepertimana yang biasa kita lihat dalam kuil-kuil hindu meletak berhala-berhala batu mereka. Susunan tiang-tiang seri atau ”palmyrene” yang mempunyai grafik dibina sebagai tanda lokasi Kubah. Agama nenek moyang Arab percaya fungsi utama tiang-tiang ini adalah sebagai pengawal kepada kubah mereka yang menjadi tempat teduhan batu hitam mereka. Kita tidak boleh salah faham perkataan Kubah ini dengan perkataan ka’aba. Perkataanka’aba dalam Al Quran yang bermaksud ”pergelangan kaki” telah sengaja dimanipulasikan oleh orang-orang Arab menjadikan maksudnya sebagai sebuah bangunan batu empat segi sebagai tempat teduhan ”Batu Hitam” atau ”Hajar Awsat”.
Walaupun orang-orang muslim diseluruh dunia menganggap rumah batu empat segi yang dibina oleh orang-orang Arab sebagai rumah Allah secara simbolik – tetapi yang sebenarnya tiang-tiang seri atau ”releif palmyrene” yang dibina dalam rumah batu empat segi itulah yang paling penting kepada agama orang-orang Arab. Orang-orang muslim dilarang memasuki rumah batu empat segi – walaubagaimanapun dengan adanya internet sekarang mereka boleh melihatnya dengan mengunakan google ”Inside the kaaba”. – dan berikut adalah grafik reka bentuk bangunan empat segi tersebut:
Samada tiang-tiang dalam rumah batu empat segi diatas merupa berhala simbolik Al Manat, Al Uuzza dan Al Lat hanya orang-orang Arab sahaja yang tahu. Yang pasti tiang-tiang seri atau relief palmyrene adalah pusat berhala agama Arab - dan ianya disembunyikan daripada penglihatan orang ramai. Setiap tahun Raja Saudi akan meziarahi tiang-tiang ini. Orang-orang Melayu sebenarnya meneruskan warisan sembah Al Manat, Al Uuzza dan Al Lat!
Setiap daerah suku kaum orang-orang Arab dibenua Arab mempunyai pusat-pusat kuil yang menepatkan berhala-berhala batu hitam dan boleh dikatakan ciri-ciri pembinaan serta aktiviti agama mereka mempunyai persamaan diantara satu dengan yang lain. Perayaan awam yang utama dari suku-suku nomad atau penduduk-penduduk padang pasir yang sentiasa berpindah randah adalah kunjungan tahunan ke lokasi kuil-kuil ini – teruntama sekali bagi suku-suku kaum yang mempunyai tali persaudaraan atau pengikut-pengikut yang berkongsi kepercayaan mereka. Mereka mera’ikan upacara sembahan mereka kepada batu hitam yang berteduh dalam Kubah dengan cara mengelilinginya sepertimana orang-orang muslim sekarang mera’ikan rumah batu empat segi di Mekah sekarang. Sebenarnya aktiviti mengeliling berhala ini adalah cedukan dari budaya Arab pagan. Walaubagaimanapun ilmu pengetahuan secara ilmiah tentang bangsa Arab sebelum Benua Arab disempadan oleh orang-orang Ingeris pada awal abad dua puluhan masih lagi berserpihan disana sini dan gambaran sepenuh bagi kaum ini mungkin banyak yang tertinggal apabila ianya sampai kepada kita. Kita Cuma dapat maklumat-maklumat yang nyata dalam Al Quran yang menyatakan bangsa Arab adalah dalam kesesatan yang nyata semasa Allah mengutuskan seorang pembawa utusanNya kepada kaum tersebut.
Walaupun Al Quran tidak menjelaskan secara terperinci cara-cara penyempurnaan aktiviti ritual agama Arab pagan – apa yang jelas ialah – segala apa yang diamalkan oleh orang-orang muslim diseluruh dunia hari ini – tiada satu pun diantaranya diperintah oleh Allah dalam Al Quran – pendek kata – Allah tidak pernah menetapkan aktiviti-aktiviti ritual ini sebagai satu komitmen kepada hamba-hambaNya. Dan Allah telah memberi peringatan kepada hamba-hambaNya:
- ”Alif Lam Min Shad. Sebuah Kitab yang diturunkan kepada kamu – jadi, janganlah ada sebarang kesempitan dalam dada kamu oleh kerananya – supaya kamu memberi peringatan dengannya – dan pelajaran untuk orang-orang mukmin. Ikutilah apa yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu – dan jangan sekali-kali kamu mengikuti selain dari Dia untuk memimpin kamu – tetapi amat sedikit diantara kamu mengambil pelajaran.” (7:1-3)
Buat masa kini kita tahu orang-orang Arab tidak mempunyai catatan sejarah dan biografi atau maklumat mengenai kepercayaan nenek moyang mereka – dan apabila kita lihat dari apa yang mereka perdagangkan dalam agama mereka – adalah lebih tepat sekiranya kita membuat andaian – kesemua amalan-amalan ritual dan aktiviti-aktiviti agama yang diamalkan oleh orang-orang muslim sekarang adalah saki-baki kebudayaan dan tradisi bangsa Arab Jahiliah – iaitu agama ”Pagan”. Anggapan ini boleh dirumuskan sebab tidak ada satu pun amalan-amalan ritual yang dilakukan oleh orang-orang muslim diseluruh dunia termasuklah orang-orang Melayu mempunyai asas dari Al Quran. Tiada satu pun ”Tiang Agama” yang diada-adakan oleh orang-orang datang dari ajaran Allah.
Tidak seperi kitab-kitab lain, Al Quran juga tidak memberi detail-detail tentang perilaku atau tingkah-laku kehidupan mana-mana pembawa utusan Allah. Apa yang dititik-beratkan dalam Al Quran ialah mesej yang disampaikan – bukan orang yang menyampaikan mesejnya. Tetapi Arab-Arab pagan telah mempromosikan ide sebaliknya sehingga kesemua orang-orang muslim telah lalai untuk mempelajari risalah Allah dalam KitabNya.
Walaupun orang-orang Arab cuba mengalih tumpuan pengikut-pengikut agama mereka dengan membekalkan beratus-ratus kitab yang dikatakan ”ilmiah” (kononnya mengandungi cerita salasilah nabi mereka) dimana penjaja-penjaja agama ini bergantung – yang paling nyata sekali tiada siapa diantara mereka mempunyai biografi terperinci yang tepat tentang keturuanan nabi dan usul-usal keluarganya dan kisah-kisah kehidupan beliau semasa remaja – kecuali apa yang mereka sendiri campur-adukkan dari cerita-cerita pra-sangkaan oleh beberapa tukang-tukang cerita yang penuh dengan pengaruh mistik suku-kaum bangsa Arab. Maklumat-maklumat yang sedia ada tidak dikumpul dengan sistematik – tetapi ianya diada-adakan selepas beratus-ratus tahun selepas kejadian sebenarnya – sehinggakan ianya memberi gambaran bahawa Nabi Muhammad adalah seorang dukun yang berkelakuan tidak waras dan beliau mempunyai watak yang ganjil mempromosi satu cara hidup yang paling fanatik kepada pengikut-pengikutnya dan tidak mempunyai sebarang teloren terhadap sesiapa yang tidak mahu mengikuti agama Arab.
Dari pengakuan ulamak-ulamak yang menjadi Pak turut agama Arab sendiri - maklumat-maklumat ini disampaikan secara oral atau dari mulut ke mulut beratus-ratus selepas Nabi Muhammad wafat sebelum ianya dibukukan. Meraka tidak pernah nafi – tiada siapa pun diantara orang-orang yang membukukan biografi ini mempunyai sebarang hubung-kait secara langsung dengan Nabi Muhammad. Untuk meyakin pengikut-pengikut mereka - setiap cebisan-cebisan maklumat yang dikumpul dikatakan ianya disampai oleh jejak keaslian rantai salasilah. Mereka mengunakan rumusan yang aneh dengan berkata seperti berikut:
"Mengikut dari si-anu dan si-ani - yang mendengarnya dari si-anu atau si-ani - sepupu atau bapa saudara kepada si-anu – yang mendengarnya dari si-anu atau si-ani – yang mendengarnya dari si-anu semasa dalam perjalan mereka dari Syam ke Murbut – bahawa Nabi telah bersabda itu dan ini – dan itu dan ini......” .
Pakar-pakar Pak Turut ini mengelabukan penipuan-penipuan mereka dengan cara berkata ”Hadis ini mengikut sanad yang betul” – walaupun mereka sendiri tidak tahu siapa yang mula membuat cerita tersebut. Orang-orang bukan Arab apabila mereka dengar perkataan ”Sanad” – mereka akan terpegun dan terus menjidu bisu. Mereka tidak akan menyoal lebih lanjut ulamak-ulamak Melayu yang menjadi Pak turut ini.
Apa saja sekali pun yang meragukan - yang nyata - apa saja pengakuan oleh pengumpul-pengumpul yang mengatakan mereka telah dengar (apa yang yang nabi telah berkata atau lakukan dalam kapasitinya sebagai manusia biasa) mereka telah mendengarnya dari orang-orang yang mereka sendiri mengaku mendengarnya daripada pihak ketiga. Penjaja-penja agama percaya pengumpul-pengumpul hadis tidak mempunyai kerja lain kecuali mereka merantau dari satu bandar ke bandar - perjalanan beratus-ratus batu dari diantara sesuatu bandar dengan yang lain hanya untuk bertanya setiap orang yang mereka temui samada mereka mempunyai pengetahuan tentang perilaku atau kata-kata Nabi atau tidak. Apakah kerja seperti ini yang disarankan oleh Allah dalam KitabNya – atau kita diminta supaya menyampaikan mesejNya mengikut apa yang diturunkan dalam Al Quran?
Apabila dikaji-selidik hadis-hadis yang dikumpul ini dengan cara mengunakan Al Quran sebagai Furqan atau batu pengukur diantara yang benar dan yang palsu - kita dapati kesemua apa yang dikumpul adalah pembohongan belaka dan bertujuan jahat. Kita kena mengaku - peristewa, tarikh, tempat dan kepercayaan peribadi Nabi Muhammad semasa muda masih lagi tidak ketahui kecuali agak-agakkan sahaja. Penjaja-penja agama sehingga hari ini tidak mempunyai ilmu yang pasti tentang siapa bapa Nabi yang sebenar. Malahan tiada siapa yang tahu tarikh sebenar Allah mengilhamkan KitabNya kepada Nabi dan masih lagi diperdebatkan. Cerita-cerita penting dalam sejarah kehidupannya memberi gambaran berbeza-beza dan sentiasa bercanggah diantara seorang pengumpul hadis dengan yang lain – termasuklah cara dan bagaimana ayat-ayat Allah ini diturunkan – juga percanggahan yang ketara tentang keadaan kematian beliau. Kesemua peristewa yang berlaku yang dibukukan adalah semata-mata dari mulut ke mulut atau hearsay. Malahan pengumpul-pengumpul hadis – dengan sendiri membuat pengakuan kelemahan mereka dan begitu juga dengan dengan penjaja-penjaja agama yang mengaku perkara ini – apabila mereka mengunakan formula dengan berkata: ”Wal Lah hu Alam”. Dalam erti kata lain - mereka mengaku: ”Dan Allah sahaja yang tahu ianya betul atau tidak”. Secara peribadi saya menamakan formula ini sebagai "Putar Alam"
Apa yang akhirnya dikumpul dan dibukukan dari beratus-ratus ribu hadis yang mengunung dari pengumpulan mulut ke mulut atau hearsay – ianya dipilih oleh pengasas-pengasas empat mazhab dalam agama Arab. Apabila Allah telah menetapkan dalam Al Quran supaya manusia jangan berpecah belah atau berpuak-puak dalam deen Allah – orang-orang Arab dari awal lagi sudah berpuak-puak dengan mengadakan mazhab-mazhab dalam agama mereka. Orang-orang Syiah pula ada hadis-hadis mereka sendiri untuk mencerita tentang agama mereka.
Hari ini orang-orang Melayu jadi binggung apabila mereka cuba menunaikan aktiviti ritual agama Arab. Apabila mereka pergi Mekah mereka terpaksa menukar mazhab yang diharamkan oleh Jabatan Agama Islam Malaysia. Hari ini apabila kita tunjuk ayat Al Quran kepada mereka mengatakan Nabi Muhammad sesat semasa dia muda – semua mereka akan melompat sambil menjerit-jerit – ”Murtad!”, ”Murtad!”, Murtad!” dan ada yang lebih bebal - mereka akan berkata"Sesat!", "Sesat!", "Sesat"! Begitulah sikap kebanyakan mereka apabila minda mereka dibelenggu oleh ajaran-ajaran hadis yang ditanam oleh ulamak-ulamak yang menjadi Pak Turut Agama Arab.