Tuesday, 28 May 2013

Hizbul Tahreer Atau Hizbul Syaitan?

Oleh Tuan Guru 


Dalam banyak puak dan hizbul yang wujud dalam dunia ini, terdapat juga suatu gerombolan manusia yang menggelar diri mereka Hizbul Tahreer (atau Hizbut Tahreer mengikut belakang T shirt yang mereka pakai). 

Website mereka terjumpa di mykhilafah.com. Siapakah Hizbul Tahreer ini? Sebenarnya mereka adalah cabangan kepada puak Hizbut Tahreer yang telah diwujudkan oleh Israel dan Mossad untuk terus merosakkan dan menjahanamkan umat Islam sedunia.



Hizbut Tahreer telah diasaskan oleh Taqiuddin al Nabhani di Baitul Muqaddis pada 1953. Daripada awal lagi Hizbut Tahreer bertujuan (seperti banyak kumpulan anti Zionis lain) untuk menghalau Yahudi daripada tanah Palestin. Sebenarnya Hizbut Tahreer telah dibiayai dan diwujudkan oleh Israel sendiri. 

Sebabnya adalah paling mudah sekali. Israel memerlukan Hizbut Tahreer untuk senantiasa memukul gendang jihad dan perang untuk mengancam Israel. Hizbut Tahreer dan kumpulan yang serupa amat perlu bagi Israel dijadikan alasan untuk mendapat bantuan ketenteraan dan kewangan daripada Amerika, Britain dan negara lain. Tanpa ancaman daripada kumpulan ”jihad” seperti ini, Israel tidak boleh wujudkan negeri Israel yang bersenjata dan senantiasa sedia untuk berperang. 

Dari awal lagi perisik Mossad Israel sudah membiayai dan merasuk banyak kumpulan jihad Arab, termasuk Hizbut Tahreer. 
Jarum Yahudi ini sekarang sudah menyelusup masuk ke negara kita dengan tertubuhnya Hizbut Tahreer Malaysia. 

Lazimnya Hizbut Tahreer diharam dikebanyakan negara Arab dan negeri Islam lain. Tetapi di Malaysia pula Hizbut Tahreer mendapat ‘lesen besar’ daripada Kerajaan Barisan Nasional untuk bergerak bebas. Hizbut Tahreer dilihat sebagai sayap ketiga untuk melemahkan pengaruh Partai Islam SeMalaysia atau PAS. 

Jelas sekali Hizbut Tahreer tidak bersetuju pendekatan PAS yang hanya melagukan Hukum Hudud dan Syariah tanpa memperjuangkan Islam sejagat. Oleh itu Hizbut Tahreer dilihat sebagai satu lagi kumpulan jihad songsang yang boleh melemahkan pengaruh PAS di Malaysia. Kumpulan yang lain termasuk Tableegh dan Darul Arqam. 

Israel dan agen mereka sekarang melihat kerajaan Malaysia pimpinan Najib Tun Razak sebagai tidak lagi mengancam kedudukan Israel. Maka agen Yahudi mendapati makin susah untuk menggolongkan Malaysia sebagai negara anti-Yahudi. Ini berlainan sekali dari zaman Tun Dr Mahathir dahulu yang telah senantiasa memperjuangkan hak orang Palestin. 

Oleh itu Israel dan agennya bersepakat untuk “mempromosikan” tali barut mereka seperti Hizbut Tahreer untuk meniup semangat jihad di kalangan orang Melayu. 

Jangan kita lupa Juma Namangani yang pernah menjadi pemimpin jihad di Uzbekistan dan mempunyai hubungan rapat dengan Hizbut Tahreer. Juma Namangani juga pernah menjadi orang kanan Osama bin Ladin di Afghanistan. Kedua mereka ia itu Osama dan Juma adalah agen CIA dan Israel. Kegiatan mereka dibiayai melalui Duta Pakistan, Turki dan Arab Saudi – yang semuanya adalah agen CIA. 



Atas alasan memburu Osama bin Ladin, Amerika dan Israel telah berjaya menawan Afghanistan dan Iraq. Dan sekarang dengan menggunakan Iraq dan Afghanistan sebagai pangkalan, Israel dan Amerika sudah bersedia untuk mengebom Iran. Pakistan juga semakin hancur apabila puak Taliban daripada Afghanistan yang juga dibiayai oleh Israel dan Amerika makin mengganas. 

Sehingga kini, tiga negara Islam Iraq, Afghanistan dan Pakistan sudah hancur dengan bantuan Osama bin Ladin, Juma Namangani, Islamic Movement of Uzbekistan, Hizbut Tahreer dan konco-konconya – yang semua mainkan peranan ‘watak jahat’ untuk menghalalkan Iraq dan Afghanistan ditawan oleh Israel dan Amerika. Israel dan Amerika banyak terhutang budi kepada Osama bin Ladin, Juma Namangani dan kumpulan jihad seperti Hizbut Tahreer. 

Ramai orang tidak tahu bahawa pada tahun 1987, Juma Namangani yang ketika itu berusia hanya 18 tahun telah menyertai Tentera Rusia Komunis di Uzbekistan. Pada masa itu tentera Russia telah menakluki Afghanistan. Juma Namangani dilatih oleh pasukan elit komando dan perisik payung terjun Russia (Russian elite paratrooper force) dan “berkhidmat” di Afghanistan melawan pejuang mujahideen Afghanistan. 

Setelah Russia ‘jatuh’ pada 1989 dan mengundur daripada Afghanistan, Juma Namangani telah ”menukar uniform” menjadi ‘pejuang Islam’ pula bersama Osama bin Ladin. 

Jarum Yahudi dan CIA adalah tersangat halus sehingga umat Islam sendiri tidak boleh merasai suntikan bisanya. Di Malaysia pula, dalam rancangan mereka yang licik dan berfasa itu, tidak lama nanti, Hizbut Tahreer Malaysia akan mendapat liputan luas melalui CNN, BBC dan sebagainya. Ini akan menghitamkan nama baik Malaysia pada pandangan dunia Barat dan bantu kekalkan sokongan Amerika, Britain dan lain-lain terhadap Israel. 

Baru-baru ini Hizbut Tahreer telah mengadakan forum untuk membincang kes Kartika Shukarno dan Sisters In Islam. Pada forum ini. penceramah HTM Prof. Dr Mohd Sharifuddin telah menuduh kerajaan Malaysia sebagai tidak mengamalkan hukum Islam kerana hanya menghukum sebat enam kali ke atas wanita bernama Kartika. Mengikut fahaman Hizbut Tahreer hukuman yang setimpal adalah 40 kali atau 80 kali sebatan.

Kepercayaan ini berasaskan hadis yang diragui yang mengatakan bahawa orang yang minum arak harus disebat 40 kali atau 80 kali. 
Hadis ini termasuk dalam golongan hadis yang sangat lemah atau palsu kerana hadis ini tidak jelas hukumannya 40 kali atau 80 kali sebat. Ia juga tidak menjelaskan apakah nas untuk memilih 40 kali sebatan atau 80 kali sebatan. Maka umat Islam akan bertelagah mengenainya tanpa putus. 

58:19 اسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمُ الشَّيْطَانُ فَأَنسَاهُمْ ذِكْرَ اللَّهِ أُوْلَئِكَ حِزْبُ الشَّيْطَانِ أَلَا إِنَّ حِزْبَ الشَّيْطَانِ هُمُ الْخَاسِرُونَ 

"Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati Allah; mereka itulah Hizbul Syaitan. Ketahuilah! Bahawa Hizbul Syaitan itu sebenarnya orang-orang yang rugi." (Surah 58:19). 

Tuan Guru.

Kalimat Akhir : Ingatlah. Memakai tudung seolah ianya kehendak Islam adalah kepercayaan palsu dan syirik. Tudung itu adalah ajaran Kristian dan bukan ajaran Islam. Jarum Yahudi adalah tersangat halus. Mendukung ajaran syirik di atas kepala kita pasti akan menjemput bala daripada Tuhan. Maka sebab itu juga umat Islam bergelumang dalam kedhaifan, kemiskinan, kebodohan, keganasan dan kekufuran. Semuanya bala daripada Tuhan. Terutama sekali umat Islam yang berpakaian tudung dan hijab.

Bah 2: AGAMA ARAB

Pada umumnya orang-orang Arab disekekliling Nabi adalah bangsa yang telah lama mengamal agama yang menyembah berhala-berhala yang diasaskan oleh nenek moyang mereka. Selain dari berhala-berhala batu (53:19) kita diberitahu berhala-berhala ini mempunyai nama-nama seperti Al-Lat, dan Al ’urza, dan Manat yang dijadikan perantaraan amalan-amalan ritual mereka dengan tuhan-mereka. Mengikut kajian achealogi berhala-berhala yang dijadikan sebagai alat-alat sembahan mereka datang dalam perbagai bentuk yang timbul dipermukaan bumi atau bongkahan batu besar, seringkali berupa batu padat dan keras berwarna hitam dan berbentuk bujur sangkar tanpa mempunya sebarang detail ukiran yang seragam. Batu-batu seperti ini dianggap sebagai suci dan dijadikan sebagai simbol kesucian tuhan mereka. Hajar dalam bahasa Melayu bermaksud ”Batu” dan ”Aswat” ialah ”Hitam”.

Biasanya berhala-berhala batu ini beri teduhan di lapangan terbuka dan ditempatkan dalam kubah yang berbentuk setengah bulat sepertimana yang biasa kita lihat dalam kuil-kuil hindu meletak berhala-berhala batu mereka. Susunan tiang-tiang seri atau ”palmyrene” yang mempunyai grafik dibina sebagai tanda lokasi Kubah. Agama nenek moyang Arab percaya fungsi utama tiang-tiang ini adalah sebagai pengawal kepada kubah mereka yang menjadi tempat teduhan batu hitam mereka. Kita tidak boleh salah faham perkataan Kubah ini dengan perkataan ka’aba. Perkataanka’aba dalam Al Quran yang bermaksud ”pergelangan kaki” telah sengaja dimanipulasikan oleh orang-orang Arab menjadikan maksudnya sebagai sebuah bangunan batu empat segi sebagai tempat teduhan ”Batu Hitam” atau ”Hajar Awsat”.

Walaupun orang-orang muslim diseluruh dunia menganggap rumah batu empat segi yang dibina oleh orang-orang Arab sebagai rumah Allah secara simbolik – tetapi yang sebenarnya tiang-tiang seri atau ”releif palmyrene” yang dibina dalam rumah batu empat segi itulah yang paling penting kepada agama orang-orang Arab. Orang-orang muslim dilarang memasuki rumah batu empat segi – walaubagaimanapun dengan adanya internet sekarang mereka boleh melihatnya dengan mengunakan google ”Inside the kaaba”. – dan berikut adalah grafik reka bentuk bangunan empat segi tersebut:






Samada tiang-tiang dalam rumah batu empat segi diatas merupa berhala simbolik Al Manat, Al Uuzza dan Al Lat hanya orang-orang Arab sahaja yang tahu. Yang pasti tiang-tiang seri atau relief palmyrene adalah pusat berhala agama Arab - dan ianya disembunyikan daripada penglihatan orang ramai. Setiap tahun Raja Saudi akan meziarahi tiang-tiang ini. Orang-orang Melayu sebenarnya meneruskan warisan sembah Al Manat, Al Uuzza dan Al Lat! 

Setiap daerah suku kaum orang-orang Arab dibenua Arab mempunyai pusat-pusat kuil yang menepatkan berhala-berhala batu hitam dan boleh dikatakan ciri-ciri pembinaan serta aktiviti agama mereka mempunyai persamaan diantara satu dengan yang lain. Perayaan awam yang utama dari suku-suku nomad atau penduduk-penduduk padang pasir yang sentiasa berpindah randah adalah kunjungan tahunan ke lokasi kuil-kuil ini – teruntama sekali bagi suku-suku kaum yang mempunyai tali persaudaraan atau pengikut-pengikut yang berkongsi kepercayaan mereka. Mereka mera’ikan upacara sembahan mereka kepada batu hitam yang berteduh dalam Kubah dengan cara mengelilinginya sepertimana orang-orang muslim sekarang mera’ikan rumah batu empat segi di Mekah sekarang. Sebenarnya aktiviti mengeliling berhala ini adalah cedukan dari budaya Arab pagan. Walaubagaimanapun ilmu pengetahuan secara ilmiah tentang bangsa Arab sebelum Benua Arab disempadan oleh orang-orang Ingeris pada awal abad dua puluhan masih lagi berserpihan disana sini dan gambaran sepenuh bagi kaum ini mungkin banyak yang tertinggal apabila ianya sampai kepada kita. Kita Cuma dapat maklumat-maklumat yang nyata dalam Al Quran yang menyatakan bangsa Arab adalah dalam kesesatan yang nyata semasa Allah mengutuskan seorang pembawa utusanNya kepada kaum tersebut.

Walaupun Al Quran tidak menjelaskan secara terperinci cara-cara penyempurnaan aktiviti ritual agama Arab pagan – apa yang jelas ialah – segala apa yang diamalkan oleh orang-orang muslim diseluruh dunia hari ini – tiada satu pun diantaranya diperintah oleh Allah dalam Al Quran – pendek kata – Allah tidak pernah menetapkan aktiviti-aktiviti ritual ini sebagai satu komitmen kepada hamba-hambaNya. Dan Allah telah memberi peringatan kepada hamba-hambaNya:


  • ”Alif Lam Min Shad. Sebuah Kitab yang diturunkan kepada kamu – jadi, janganlah ada sebarang kesempitan dalam dada kamu oleh kerananya – supaya kamu memberi peringatan dengannya – dan pelajaran untuk orang-orang mukmin. Ikutilah apa yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu – dan jangan sekali-kali kamu mengikuti selain dari Dia untuk memimpin kamu – tetapi amat sedikit diantara kamu mengambil pelajaran.” (7:1-3)
Apabila Allah tidak memberi apa-apa perintah dalam KitabNya untuk kita melakukan aktiviti-aktiviti ritual – Dia kata – ”Jangan sekali-kali kamu mengikuti selain dari Dia untuk memimpin kamu”. Kita harus percaya dengan hati yang jujur dan berkomited apabila kepada apa yang Dia kata” - tidak kira siapa pun yang memujuk kita untuk mengikuti kitab-kitab selain dari KitabNya. Sebagai Pemberi nyawa kepada kita Dia sudahpun tahu sikap hamba-hambaNya dari awal-awal lagi, lalu Dia juga memberitahu kita - - ”Amat sedikit diantara kamu yang mengambil pelajaran” - dan "kamu" dalam ayat ini termasuklah orang-orang Melayu. Kesudahannya orang-orang yang ingkar memegang amanahnya dengan Allah – hati mereka cenderung kepada kitab-kitab selain dari Kitab Allah – dan mereka akan mengikuti kitab-kitab ini sebagai pemimpin bagi kepercayaan mereka.

Buat masa kini kita tahu orang-orang Arab tidak mempunyai catatan sejarah dan biografi atau maklumat mengenai kepercayaan nenek moyang mereka – dan apabila kita lihat dari apa yang mereka perdagangkan dalam agama mereka – adalah lebih tepat sekiranya kita membuat andaian – kesemua amalan-amalan ritual dan aktiviti-aktiviti agama yang diamalkan oleh orang-orang muslim sekarang adalah saki-baki kebudayaan dan tradisi bangsa Arab Jahiliah – iaitu agama ”Pagan”. Anggapan ini boleh dirumuskan sebab tidak ada satu pun amalan-amalan ritual yang dilakukan oleh orang-orang muslim diseluruh dunia termasuklah orang-orang Melayu mempunyai asas dari Al Quran. Tiada satu pun ”Tiang Agama” yang diada-adakan oleh orang-orang datang dari ajaran Allah.

Tidak seperi kitab-kitab lain, Al Quran juga tidak memberi detail-detail tentang perilaku atau tingkah-laku kehidupan mana-mana pembawa utusan Allah. Apa yang dititik-beratkan dalam Al Quran ialah mesej yang disampaikan – bukan orang yang menyampaikan mesejnya. Tetapi Arab-Arab pagan telah mempromosikan ide sebaliknya sehingga kesemua orang-orang muslim telah lalai untuk mempelajari risalah Allah dalam KitabNya.

Walaupun orang-orang Arab cuba mengalih tumpuan pengikut-pengikut agama mereka dengan membekalkan beratus-ratus kitab yang dikatakan ”ilmiah” (kononnya mengandungi cerita salasilah nabi mereka) dimana penjaja-penjaja agama ini bergantung – yang paling nyata sekali tiada siapa diantara mereka mempunyai biografi terperinci yang tepat tentang keturuanan nabi dan usul-usal keluarganya dan kisah-kisah kehidupan beliau semasa remaja – kecuali apa yang mereka sendiri campur-adukkan dari cerita-cerita pra-sangkaan oleh beberapa tukang-tukang cerita yang penuh dengan pengaruh mistik suku-kaum bangsa Arab. Maklumat-maklumat yang sedia ada tidak dikumpul dengan sistematik – tetapi ianya diada-adakan selepas beratus-ratus tahun selepas kejadian sebenarnya – sehinggakan ianya memberi gambaran bahawa Nabi Muhammad adalah seorang dukun yang berkelakuan tidak waras dan beliau mempunyai watak yang ganjil mempromosi satu cara hidup yang paling fanatik kepada pengikut-pengikutnya dan tidak mempunyai sebarang teloren terhadap sesiapa yang tidak mahu mengikuti agama Arab.

Dari pengakuan ulamak-ulamak yang menjadi Pak turut agama Arab sendiri - maklumat-maklumat ini disampaikan secara oral atau dari mulut ke mulut beratus-ratus selepas Nabi Muhammad wafat sebelum ianya dibukukan. Meraka tidak pernah nafi – tiada siapa pun diantara orang-orang yang membukukan biografi ini mempunyai sebarang hubung-kait secara langsung dengan Nabi Muhammad. Untuk meyakin pengikut-pengikut mereka - setiap cebisan-cebisan maklumat yang dikumpul dikatakan ianya disampai oleh jejak keaslian rantai salasilah. Mereka mengunakan rumusan yang aneh dengan berkata seperti berikut:

"Mengikut dari si-anu dan si-ani - yang mendengarnya dari si-anu atau si-ani - sepupu atau bapa saudara kepada si-anu – yang mendengarnya dari si-anu atau si-ani – yang mendengarnya dari si-anu semasa dalam perjalan mereka dari Syam ke Murbut – bahawa Nabi telah bersabda itu dan ini – dan itu dan ini......” . 

Pakar-pakar Pak Turut ini mengelabukan penipuan-penipuan mereka dengan cara berkata ”Hadis ini mengikut sanad yang betul” – walaupun mereka sendiri tidak tahu siapa yang mula membuat cerita tersebut. Orang-orang bukan Arab apabila mereka dengar perkataan ”Sanad” – mereka akan terpegun dan terus menjidu bisu. Mereka tidak akan menyoal lebih lanjut ulamak-ulamak Melayu yang menjadi Pak turut ini.

Apa saja sekali pun yang meragukan - yang nyata - apa saja pengakuan oleh pengumpul-pengumpul yang mengatakan mereka telah dengar (apa yang yang nabi telah berkata atau lakukan dalam kapasitinya sebagai manusia biasa) mereka telah mendengarnya dari orang-orang yang mereka sendiri mengaku mendengarnya daripada pihak ketiga. Penjaja-penja agama percaya pengumpul-pengumpul hadis tidak mempunyai kerja lain kecuali mereka merantau dari satu bandar ke bandar - perjalanan beratus-ratus batu dari diantara sesuatu bandar dengan yang lain hanya untuk bertanya setiap orang yang mereka temui samada mereka mempunyai pengetahuan tentang perilaku atau kata-kata Nabi atau tidak. Apakah kerja seperti ini yang disarankan oleh Allah dalam KitabNya – atau kita diminta supaya menyampaikan mesejNya mengikut apa yang diturunkan dalam Al Quran?

Apabila dikaji-selidik hadis-hadis yang dikumpul ini dengan cara mengunakan Al Quran sebagai Furqan atau batu pengukur diantara yang benar dan yang palsu - kita dapati kesemua apa yang dikumpul adalah pembohongan belaka dan bertujuan jahat. Kita kena mengaku - peristewa, tarikh, tempat dan kepercayaan peribadi Nabi Muhammad semasa muda masih lagi tidak ketahui kecuali agak-agakkan sahaja. Penjaja-penja agama sehingga hari ini tidak mempunyai ilmu yang pasti tentang siapa bapa Nabi yang sebenar. Malahan tiada siapa yang tahu tarikh sebenar Allah mengilhamkan KitabNya kepada Nabi dan masih lagi diperdebatkan. Cerita-cerita penting dalam sejarah kehidupannya memberi gambaran berbeza-beza dan sentiasa bercanggah diantara seorang pengumpul hadis dengan yang lain – termasuklah cara dan bagaimana ayat-ayat Allah ini diturunkan – juga percanggahan yang ketara tentang keadaan kematian beliau. Kesemua peristewa yang berlaku yang dibukukan adalah semata-mata dari mulut ke mulut atau hearsay. Malahan pengumpul-pengumpul hadis – dengan sendiri membuat pengakuan kelemahan mereka dan begitu juga dengan dengan penjaja-penjaja agama yang mengaku perkara ini – apabila mereka mengunakan formula dengan berkata: ”Wal Lah hu Alam”. Dalam erti kata lain - mereka mengaku: ”Dan Allah sahaja yang tahu ianya betul atau tidak”. Secara peribadi saya menamakan formula ini sebagai "Putar Alam"

Apa yang akhirnya dikumpul dan dibukukan dari beratus-ratus ribu hadis yang mengunung dari pengumpulan mulut ke mulut atau hearsay – ianya dipilih oleh pengasas-pengasas empat mazhab dalam agama Arab. Apabila Allah telah menetapkan dalam Al Quran supaya manusia jangan berpecah belah atau berpuak-puak dalam deen Allah – orang-orang Arab dari awal lagi sudah berpuak-puak dengan mengadakan mazhab-mazhab dalam agama mereka. Orang-orang Syiah pula ada hadis-hadis mereka sendiri untuk mencerita tentang agama mereka.

Hari ini orang-orang Melayu jadi binggung apabila mereka cuba menunaikan aktiviti ritual agama Arab. Apabila mereka pergi Mekah mereka terpaksa menukar mazhab yang diharamkan oleh Jabatan Agama Islam Malaysia. Hari ini apabila kita tunjuk ayat Al Quran kepada mereka mengatakan Nabi Muhammad sesat semasa dia muda – semua mereka akan melompat sambil menjerit-jerit – ”Murtad!”, ”Murtad!”, Murtad!” dan ada yang lebih bebal - mereka akan berkata"Sesat!", "Sesat!", "Sesat"! Begitulah sikap kebanyakan mereka apabila minda mereka dibelenggu oleh ajaran-ajaran hadis yang ditanam oleh ulamak-ulamak yang menjadi Pak Turut Agama Arab.

Wednesday, 22 May 2013

Bah 1. AGAMA ARAB

Tidak ada catatan sejarah yang ditulis oleh orang-orang Arab tentang bangsa mereka sendiri sebelum Al Qur’an itu diturunkan kepada bangsa mereka. Apabila kita membaca Quran kita dapati Allah telah mengutuskan seorang pembawa utusanNya kepada satu bangsa dimana nenek moyang mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang sistem Tuhan dan mereka tidak pernah menerima peringatan tentang ajaran-ajaran Allah. Dan Allah telah menetapkan walaupun mereka diperingatkan dengan Al Quran - kebanyakan mereka tetap tidak akan percaya. Secara ringkasnya – kebanyakan orang-orang Arab telah ditetapkan tidak akan beriman kepada Al Quran. 

  •  ”Ya Sin, dan Al Quran (Bacaan) yang penuh Hikmah. Sesungguhnya kamu adalah dari diantara pembawa-pembawa utusan atas jalan yang lurus. Diturunkan oleh Maha Perkasa Maha Penyayang – agar kamu beri peringatan kepada kaum dimana nenek moyang mereka tidak pernah diberi peringatan sedangkan mereka lalai. Sesungguhnya telah diperkatakan atas kebanyakan mereka - bahawa mereka tidak beriman.” (36:1-7)
Apabila Allah menetapkan kebanyakan orang-orang Arab itu tidak akan beriman kepada Al Quran ini yang disampaikan oleh pembawa utusan berbangsa Arab – maka ini termasuklah kaum kerabat dan juga sahabat-sahabatnya. Ini diperkuatkan lagi apabila Allah mengatakan dalam sura 9 ayat 97 bahawa orang-orang Arab itu amat keras kemunafikan dan kekafiran mereka. Ketetapan ini tidak bioleh diubah oleh sesiapa – termasuklah oleh mana-mana ulamak atau ustaz-ustaz yang mengatakan sebaliknya atau mereka cuba memberi alasan-alasan lain. 

Dalam Al Quran nama-nama seperti Abu Bakar, Omar, Osman, Abu Hurairah atau Aisyah atau nama-nama lain yang dijaja oleh ulamak-ulamak yang sering kita dengar tidak disenaraikan oleh Allah dalam KitabNya – kerana nama-nama ini tidak ada kena mengena dengan kepercayaan sesorang itu kepada Allah. 

Sejarah adalah amat penting bagi manusia - dan apabila ianya ada kaitan dengan ajaran Pencipta mereka - maka seharusnya pelajaran ini dikaji selidik dari sumber yang diturunkan oleh Pencipta mereka – bukan dari mulut ke mulut atau hearsay. Misalnya, sekiranya kita ingin mengetahui sejarah tentang Nabi-Nabi Allah sudah pasti sumber yang paling sahih dan tepat adalah dari sumber yang dikisahkan oleh Allah sendiri. Kita amat bertuah kerana kita dapat mewaris sebuah Kitab yang tidak tercemar oleh tanggan-tanggan manusia sepertimana yang terjadi kepada Kitab-Kitab Allah sebelumnya.

Apabila kita kaji dengan teliti Kitab-Kitab Allah yang diturunkan sebelum Al Quran yang telah diberi nama sebagai  Old Testament dan New Testament kita dapati ianya padat dengan cerita-cerita peribadi Nabi-Nabi Allah dari Nabi Adam hingga Nabi Isa Putera Mariam. Cerita-cerita ini tidak pernah diwahyukan kepada mana-mana Nabi - sebaliknya apa yang dicerita dan ditulis adalah hasil dari ide-ide ahli agama Yahudi dan Nasrani. Kitab-kitab ini dimuatkan dengan cerita-cerita keganasan, hukum-hukum jahil yang tidak masuk akal sehinggalah cerita-cerita lucah. Watak Nabi-Nabi Allah diberi gambaran sebagai orang-orang zalim, tidak mempunyai perasaan dan berkelakuan tidak senonoh. Walau seburuk mana cara-cara hidup yang disarankan dalam kitab tersebut - ulamak agama Yahudi dan Kristian berjaya dapat membelenggu minda-minda berbillion manusia mempercayai ajaran-ajaran jahiliah ini. Sejarah berulang sekali lagi apabila orang-orang muslim bersetuju untuk percaya kepada apa yang ditulis oleh ulamak-ulamak dalam kitab-kitab agama mereka yang diberi nama kitab-kitab hadis.

Al Quran diturunkan untuk menyeru pengikut kesemua agama-agama ini yang telah dibelenggu dengan ajaran-ajaran yang diada-adakan oleh ulamak-ulamak mereka samada jenama agama mereka sebagai Yahudi, atau Kristian atau muslim atau hindu dan selainnya.

Allah memberi jaminan kepada mereka bahawa Al Quran mengesahkan Kitab-Kitab yang diturunkanNya sebelum ini dan ianya adalah satu Furqan atau sebagai hakim diantara yang benar dan yang bathil - terumata sekali kepada pengikut-pengikut agama Arab yang dibelenggu minda mereka dengan ajaran-ajaran ulamak mereka yang tidak ada dalam Kitab Allah. 

Adalah menjadi tanggung jawab mereka membuat perbandingan diantara apa yang mereka telah lama percaya dengan apa yang ditetapkan oleh Allah dalam Al Quran. Dalam Al Quran mereka tidak akan bertemu dengan cerita-cerita dongeng, amalan-amalan ritual serta aktiviti-aktiviti budaya dan tradisi orang-orang Arab pagan.

Contoh bagaimana mudahnya manusia diselewengkan dari ajaran Allah sebenarnya apabila kita mengambil cerita yang paling mudah tentang Adam. 

Mengikut ajaran The Old Testament Adam dilarang memakan buah dari pohon. Semasa itu Hawa berada bersama-sama Adam dan seekor ular telah membisik kepada Hawa memmujuknya untuk makan buah terlarang tersebut. Ular tersebut menjamin kepada Hawa sekiranya dia makan buah tersebut dia akan kekal selama-lamanya – matanya akan terang seolah-olah dia seperti Tuhannya yang boleh mengetahui segala-gala yang buruk dan yang baik. Hari ini kesalahan Adam diletakkan kepada isterinya – dan kesemua agama termasuk pengikut-pengikut agama Arab - mereka percaya perempuan adalah sebagai punca kepada semua kelemahan lelaki. Pengikut-pengikut agama Yahudi dan Nasrani ditanam dengan kepercayaan bahawa syaitan atau Iblis mempunyai bentul fisikal. 

Apabila Allah mengatakan Al Quran mengesahkan Kitab-KitabNya yang diturunkan sebelum ini Dia memperbetulkan cerita Nabi Adam yang telah diselewengkan oleh ulamak-ulamak Yahudi dan Nasrani dengan jelas - dan yang lebih masuk akal kepada kita. Kisah ini boleh dibaca dan senang difaham oleh sesiapa saja dalam sura 7: 11-27.

Hanya maklumat-maklumat penting dan yang harus diketahui sahaja yang akan dicerita oleh Allah kepada kita untuk dijadikan pelajaran. Allah tidak akan cerita kepada kita bagaimana seseorang Nabi itu tidur, makan, bergaul dengan isterinya atau cara dia berpakaian atau mencukur janggutnya - kerana kesemua ini adalah urusan peribadi yang berbeza-beza diantara satu hambaNya dengan hamba yang lain. Tingkah laku peribadi seseorang pembawa utusan Allah itu tidak akan dijadikan amalan-amalan manusia sebagai lorong kejalan Allah. 

Allah memberitahu kita Nabi Ibrahim mempunyai suri tauladan yang paling baik untuk mereka yang ingin mengabdikan diri mereka kepada Allah semata-mata. 
  • ”Sesungguhnya telah ada bagimu suri tauladan yang baik pada Ibrahim dan orang-orang yang bersama dia ketika mereka berkata kepada kaum mereka, ”Sesungguhnya kami berlepas diri dari kaum dan apa saja yang kamu mengabdikan diri selain dari dari Allah. Kami tidak akan percaya dengan kamu dan sudah nyata diantara kami dan kamu permusuhan dan pertentangan buat selama-lamanya. Kami hanya percaya kepada dengan Allah semata-mata.”(60:4)
Ibrahim dilahir dan membesar dalam satu kaum yang telah lama mengamal aktiviti-aktiviti ritual kepada berhala-berhala batu yang diperbuat sendiri oleh tanggan-tanggan kaumnya – dan bapanya adalah diantara pengikut tegar yang mengabdikan diri mereka kepada patung-patung batu ini. 

Diantara suri tauladan yang baik oleh Ibrahim ialah ”Dia Mengunakan Akalnya” yang dianugerah oleh Allah kepada kesemua hamba-hambaNya. Mengunakan akal adalah detik yang paling penting dalam hidup mana-mana individu - terutama sekali apabila mereka ingin mencari petunjuk Allah. Proses ini adalah satu ketetapan dari Allah dan tiada siapa yang boleh mengubah ketetapan ini – kecuali bagi orang-orang yang sanggup mendengar pujukan-pujukan iblis sepertimana terjadi kepada Adam. 
  • ”Dan tidak akan ada sesiapa pun beriman kecuali dengan izin Allah – dan Dia akan jadikan najis atas orang-orang yang tidak mengunakan akalnya.” (10:100)
Apabila kita membaca Al Quran kita diberitahu bahawa Bani Israel telah menamakan agama mereka sebagai Yahud atau Yahudi. Kita diberitahu mereka telah mencemarkan Kitab Allah dengan cara mengada-adakan kitab-kitab lain disamping Taurat. Hari ini apabila ada yang menyeru orang-orang muslim supaya mengunakan akal - mereka akan melenting kerana ulamak-ulamak mereka mengajar mereka "sesiapa mengunakan akal akan masuk neraka". Apakah ajaran seperti ini tidak mencemar ajaran Allah dalam sura 10 ayat 100 diatas? Apakah orang-orang Yahudi itu saja yang sesat apabila mereka mencemar ayat-ayat Allah dan ulamak-ulamak lain tidak sesat apabila mereka terang-terang menyeleweng dari ayat-ayat Allah dalam Al Quran? 

Nabi Ibrahim mengunakan akalnya dan itulah yang ditetapkan oleh Allah sebagai asas kepercayaan mana-mana hambaNya. Ibrahim mengambil sikap ini dan dia menolak kosep menjadi pak turut apabila dia mendapati tidak masuk akal bagi manusia mengabdikan diri kepada patung-patung batu. Dia sanggup mencabar ayahnya sendiri dengan soalan-soalan yang logik – sehinggakan ayahnya tidak dapat memberi jawapan yang masuk akal kecuali dengan mengatakan – mereka telah amalankan ritual-ritual itu sejak turun menurun lagi. Mengikut Al Quran Ibrahim adalah orang yang paling terdekat dan yang tersayang oleh Allah (2:130). 

Dari detik itu Allah telah membuka pintu hati Ibrahim dengan menunjukkan tanda-tandaNya dilanggit dan dibumi dengan menanam keyakinan kedalam dirinya. Setiap kali dia lihat tanda-tanda Allah dilanggit dia terus mengunakan logik akalnya – sehingga dia temu jawapan yang boleh diterima akal. Ibrahim tidak mencari deen Allah dari ulamak-ulamak atau uztaz agama kaumnya yang mengabdikan diri mereka kepada patung-patung batu. 
  • ”Sesungguhnya telah ada bagimu suri tauladan yang baik pada Ibrahim dan orang-orang yang bersama dia ketika mereka berkata kepada kaum mereka, ”Sesungguhnya kami berlepas diri dari kaum dan apa saja yang kamu mengabdikan diri selain dari dari Allah. Kami tidak akan percaya dengan kamu dan sudah nyata diantara kami dan kamu permusuhan dan pertentangan buat selama-lamanya. Kami hanya percaya kepada dengan Allah semata-mata.”(60:4)
Apabila Allah memberitahu kita terdapat suri tauladan yang baik pada Ibrahim - maka ianya juga boleh berlaku kepada sesiapa saja diantara hamba-hambaNya. Hati Ibrahim dibuka oleh Allah dari detik dia mempersoal perkara-perkara yang tidak masuk akal. Kisah Nabi Ibrahim bermula dalam sura 6 ayat 73 hingga ayat 81. 

Pengikut-pengikut agama Arab yang menjadikan patung batu sebagai perantaran mereka telah menyalahgunakan ayat-ayat Allah apabila mereka bersembayang dengan berkata "Ain-ni waj-jah-tu - waj-hiya - lil-lazi -fa-tho-ros-sama -wa - ti-wal- ard - hanifaa - wa-maa- ana- minal - musyrikin." 

Maksudnya: " Sesungguhnya aku menghadapkan wajahku kepada yang mencipta langgit dan bumi dengan penuh kejujuran dan aku tidak tergolong dari orang-orang yang mempersekutukan." (6:79).

Yang paling malang sekali ramai diantara orang muslim berkata dalam sembahyang mereka"Wa-ana-minal-musyrikin" atau maksud sebenarnya "Aku tergolong dari orang-orang yang mempersekutukan."  Sesiapa yang sembahyang dan sedang membaca artikel ini cuba fikir kembali, adakah mereka berkata "Wa-maa-ana-minal musyrikin" atau "Wa-ana-minal -musyrikin"

Ayat ini bermula dari ayat 6:78 yang berbunyi "Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas dari apa yang kamu mempersekutukan. Sesungguhnya aku menghadapkan wajahku kepada yang mencipta langgit dan bumi dengan penuh kejujuran dan aku tidak tergolong dari orang-orang yang mempersekutukan." (6:79). Nabi Ibrahim mengunakan kata-kata ini kepada kaumnya - tetapi pengikut agama Arab mengunakan ayat-ayat ini setiap kali mereka sembahyang. Inilah yang diajar oleh ulamak-ulamak agama Arab kepada pengikut-pengikut mereka. Ayat ini tidak ada kena mengena dengan sembahyang Nabi Ibrahim (sekiranya Nabi Ibrahim pernah bersembahyang).

Apabila Allah menurunkan KitabNya kepada seorang pembawa utusan berbangsa Arab Dia memberitahu kita kaum ini sejak nenek moyang mereka tidak pernah terima sebarang peringatan dari Pencipta mereka. Allah mengulangi perkara ini dengan mengatakan mereka adalah kaum yang tersesat dari jalanNya:
  • ”Dialah yang mengutuskan pada kaum yang tidak mempunyai pengetahuan tentang Kitab – seorang pembawa utusan diantara mereka yang membacakan atas mereka ayat-ayatNya – dan ianya akan mensucikan mereka dan mengajarkan mereka Kitab itu dan hikmah-hikmahnya. Dan sesungguhnya mereka sebelum itu berada dalam kesesatan yang amat nyata.” (62:2)
Mengikut Al Quran (62:2) bangsa Arab pada keseluruhan berada dalam kesesatan yang nyata atau secara logiknya mereka sudah lama mempunyai kepercayaan agama nenek moyang mereka sepertimana kaum Nabi Ibrahim. Kita tidak perlu membuat andaian atau membuat teka-teki sebab pengetahuan ini penting kepada kita. Dia bertanyakan orang-orang Arab:
  • ”Apakah halnya dengan Al-Lat – dan Al ’Uzza – dan Manat yang ketiga dan dengan yang lain-lainnya?” (53:19-20)
Orang-orang Arab bukan sahaja mengabdikan diri kepada tiga patung-patung batu malahan mereka mengabdikan diri kepada banyak patung-patung yang diada-adakan oleh nenek moyang mereka sepertimana yang dilakukan oleh kaum Ibrahim. Apabila satu-satu kaum atau bangsa itu sudah lama menganuti mana-mana agama – mereka akan menolak apa saja peringatan yang bertentangan dengan kepercayaan tradisi nenek moyang mereka. Ini termasuklah orang-orang Melayu. Orang-orang Melayu tidak akan berislah atau membuat reform dalam kepercayaan agama mereka walaupun mereka diseru kepada ajaran Al Quran semata-mata setelah lama mereka berpegang kepada agama pagan orang Arab yang lebih percaya kepada kitab-kitab selain dari Al Quran. Sepertimana orang-orang Arab yang telah ditetapkan Allah mereka tidak akan beriman kepada KitabNya – kebanyakan orang-orang Melayu juga melalui nasib yang sama apabila mereka percaya bahawa kepercayaan orang-orang Arab sekarang adalah betul disisi Allah. 

Apabila Al Quran menceritakan kepada kita orang-orang Arab telah lama mengabdikan diri mereka kepada perlbagai patung-patung kepercayaan nenek moyang mereka – ianya selari dengan apa yang ditulis oleh ahli-ahli sejarah bukan Arab yang terkenal dengan kaji selidik mereka tentang adat dan budaya sesuatu kaum dalam hidup seharian mereka. Walaupun ada maklumat-maklumat sejarah ini boleh dipersoalkan tetapi kita boleh membandingkan maklumat-maklumat ini dengan apa yang terdapat dalam Al Quran. Baisanya ahli-ahli sejarah ini tidak memberi kepentingan kepada sikap-sikap kekafiran atau kemunafikan sesuatu kaum terhadap Allah melainkan dengan menceritakan caramana kehidupan satu-satu tamadun atau bangsa semasa zaman itu. 

Sejarah yang dikisahkan oleh Allah dalam KitabNya memberi tekanan tentang sikap dan tindak tanduk oleh kaum-kaum yang telah menerima peingatan Allah – dan bagaimana mereka bertindak balas terhadap mesej-mesejnya apabila pembawa-pembawa utusanNya cuba menyampaikan risalah-risalah dariNya. 

Yang jelas diantara maklumat-maklumat tentang orang-orang Arab yang kita dapat fahamk dengan jelas dari Al Quran : 
  • Pertama: Sebelum Al Quran itu diturunkan orang-orang Arab tidak pernah menerima sebarang ilmu tentang deen Allah dan mereka beradakan dalam kepercayaan sesat yang nyata (62:2).
  • Kedua: Sebelum Al Quran diturunkan orang-orang Arab mengabdikan diri mereka kepada bermacam-macam berhala untuk menjalani aktiviti-aktiviti ritual mereka. (53:19-20)
  • Ketiga: Apabila Al Quran diturunkan kepada salah seorang diantara orang-orang Arab – Allah telah menetapkan – kebanyakan diantara mereka tidak sekali-kali akan beriman kepada Al Quran
  • Keempat: Allah telah menetapkan ”Orang-orang Arab itu adalah amat keras dalam kekafiran dan kemunafikan mereka – dan seharusnya mereka tidak layak mengetahui batas-batas yang telah ditetapkan oleh Allah dalam KitabNya. (9:97), dan
  • Kelima: Dalam sura 5 ayat 50, Allah bertanyakan kepada mereka. ”Apakah hukum jahiliah yang mereka kehendaki?” apabila mereka tidak mahu percaya kepada Al Quran semata-mata (5:49)
Sebagai renungan apakah orang-orang Melayu tidak mempunyai sikap-sikap seperti orang-orang Arab diatas? 

Apakah mereka tidak mempunyai masa untuk berusaha membaca Al Quran membandingkan kepercayaan dan amalan-amalan agama mereka yang mereka mempelajari dari kitab-kitab selain dari Al Quran?

Apakah mereka juga percaya sepertimana orang-orang Arab percaya Kitab Allah semata-mata tidak akan sempurnakan kepercayaan agama mereka?

Tidakkah ada orang-orang Melayu yang mahu berusaha mengkaji dan menyelidik sendiri dan jadikan Al Quran itu sebagai "Furqan" atau "batu pengukur" untuk membezakan diantara yang benar dan yang bathil? 

Sunday, 19 May 2013

Ajaran syirik Yahudi : Nabi Ibrahim korban anaknya


Ajaran palsu tentang Nabi Ibrahim korbankan anaknya.

Puak Ahlul Sunnah dan Syiah telah mereka berbagai kepalsuan tentang nabi Ibrahim – yang dilantik Allah sebagai imam lin-naas atau imam bagi manusia sekalian. Ajaran palsu ahlul sunnah dan syiah telah diambil daripada kitab Yahudi untuk merosakkan nama baik Nabi Ibrahim, isteri serta anak beliau. 

Ajaran palsu ini telah diambil daripada Bible Yahudi dan bercanggah sama sekali dengan Al Quran. Kita akan menunjukkan bukti yang jelas daripada Al Quran untuk mendedahkan kepalsuan ini.  

Pertama sekali inilah cerita palsu Yahudi daripada Bible yang memfitnah Nabi Ibrahim. Malang sekali cerita palsu Yahudi inilah yang telah menjadi sumber hadis-hadis palsu kaum ahlul sunnah dan syiah.

Bible Yahudi, Kejadian 16 : 1 - 16

Siti Hajar and Ismail

16:1 Adapun Sarah, isteri Ibrahim itu, tidak beranak. Ia mempunyai seorang hamba perempuan, orang Mesir, Siti Hajar namanya.

16:2 Berkatalah Sarah kepada Ibrahim: "Engkau tahu, TUHAN tidak memberi aku melahirkan anak. Karena itu baiklah hampiri hambaku itu; mungkin oleh dialah aku dapat memperoleh seorang anak." Dan Ibrahim mendengarkan perkataan Sarah.

16:3 Jadi Sarah, isteri Ibrahim itu, mengambil Hajar, hambanya, orang Mesir itu, --yakni ketika Ibrahim telah sepuluh tahun tinggal di tanah Kanaan, lalu memberikannya kepada Ibrahim, suaminya, untuk menjadi isterinya.

16:4 Ibrahim menghampiri Hajar, lalu mengandunglah perempuan itu. Ketika Hajar tahu, bahwa ia mengandung, maka ia memandang rendah akan nyonyanya itu.

16:5 Lalu berkatalah Sarah kepada Ibrahim: "Penghinaan yang kuderita ini adalah tanggung jawabmu; akulah yang memberikan hambaku ke pangkuanmu, tetapi baru saja ia tahu, bahwa ia mengandung, ia memandang rendah akan aku; TUHAN kiranya yang menjadi Hakim antara aku dan engkau."

16:6 Kata Ibrahim kepada Sarah: "Hambamu itu di bawah kekuasaanmu; perbuatlah kepadanya apa yang kau pandang baik." Lalu Sarah menindas Hajar, sehingga ia lari meninggalkannya.

16:7 Lalu Malaikat TUHAN menjumpainya dekat suatu mata air di padang gurun, yakni dekat mata air di jalan ke Syur.

16:8 Katanya: "Hajar, hamba Sarah, dari manakah datangmu dan ke manakah pergimu?" Jawabnya: "Aku lari meninggalkan Sarai, nyonyaku."

16:9 Lalu kata Malaikat TUHAN itu kepadanya: "Kembalilah kepada nyonyamu, biarkanlah engkau ditindas di bawah kekuasaannya."

16:10 Lagi kata Malaikat TUHAN itu kepadanya: "Aku akan membuat sangat banyak keturunanmu, sehingga tidak dapat dihitung karena banyaknya."

16:11 Selanjutnya kata Malaikat TUHAN itu kepadanya: "Engkau mengandung dan akan melahirkan seorang anak laki-laki dan akan menamainya Ismail, sebab TUHAN telah mendengar tentang penindasan atasmu itu.

16:12 Seorang laki-laki yang lakunya seperti keledai liar, demikianlah nanti anak itu; tangannya akan melawan tiap-tiap orang dan tangan tiap-tiap orang akan melawan dia, dan di tempat kediamannya ia akan menentang semua saudaranya."

16:13 Kemudian Hajar menamakan TUHAN yang telah berfirman kepadanya itu dengan sebutan: "Engkaulah El-Roi." Sebab katanya: "Bukankah di sini kulihat Dia yang telah melihat aku?"

16:14 Sebab itu sumur tadi disebutkan orang: sumur Lahai-Roi; letaknya antara Kadesh dan Bered.

16:15 Lalu Hajar melahirkan seorang anak laki-laki bagi Ibrahim dan Ibrahim menamai anak yang dilahirkan Hajar itu Ismail.

16:16 Ibrahim berumur delapan puluh enam tahun, ketika Hajar melahirkan Ismail baginya.

Inilah cerita palsu Bible Yahudi tentang Ibrahim, Hajar, Sarah dan Ismail.

Yang berikut pula hadith palsu tulisan Imam Bukhari yang menjadi asas kepercayaan palsu ahlul sunnah tentang Nabi Ibrahim. Sila perhatikan bagaimana miripnya hadith palsu ini dengan ajaran palsu Bible Yahudi tadi. 

Bukhari Jilid 4, Bab 55, No. 584:

Riwayat Ibn Abbas:

Pada waktu Ibrahim berselisih dengan isterinya Sarah - (disebabkan perasaan iri hati isterinya terhadap Hajar, ibu kepada Ismail) dia telah membawa Ismail dan ibunya ke suatu tempat lain. Mereka mempunyai sebuah bekas kulit untuk menyimpan air. Ibu Ismail akan minum air untuk melebihkan susu ibu bagi anaknya Ismail. Apabila Ibrahim sampai ke Mekah, dia telah menyuruh isterinya duduk di bawah sepohon kayu dan kemudian pulang ke rumahnya.

Ibu Ismail telah mengikuti Ibrahim sehingga ke Kada di mana dia memanggil Ibrahim dari jauh "Ya Ibrahim kepada siapa kau serahkan kami?" Dia menjawab, 'Aku serahkan engkau kepada jagaan Allah. Dia menjawab, 'Aku rela dijaga Allah." Kemudian dia kembali duduk di bawah pohon kayu. Dia meminum air daripada bekas kulit yang telah menambahkan susu ibunya untuk diminum oleh anaknya Ismail. Apabila air minumnya habis dia telah berkata, 'Lebih baik aku pergi mencari pertolongan kepada sesiapa.' Dia mendaki bukit Safa untuk mencari bantuan tetapi dia tidak dapat melihat sesiapa pun. Apabila dia turun ke lembah dia telah lari sehingga dia sampai bukit Marwa. 

Dia telah pun berlari antara kedua bukit itu beberapa kali. Kemudian dia telah berkata, "Lebih baik saya pergi melihat keadaan anak saya." Dia telah mendapati anaknya hampir maut. Sebab dia tidak tahan melihat anaknya dalam keadaan sesak begitu dia telah berkata, "Jika saya pergi melihat sekali lagi mungkin saya akan berjumpa dengan sesiapa". Dia telah mendaki bukit Safa sekali lagi tetapi setelah sekian lama dia masih tidak menjumpai sebarang bantuan. Demikianlah Hajar telah berlari tujuh kali antara Safa dan Marwa. Sekali lagi dia berkata, "Lebih baik saya pergi melihat keadaan anak saya." Tetapi dengan tiba-tiba dia telah mendengar suara lelaki. Dia pun meminta suara lelaki itu membantunya. Suara itu adalah Jibrail. Jibrail telah menghentak tanah padang pasir dengan kakinya (Ibn 'Abbas telah menghentak kakinya untuk menunjukkan cara itu) dan terus mengalir mata air yang kecil. Ibu Ismail merasa terharu dan terus menggali tempat mata air itu." 

Demikianlah cerita palsu Bible Yahudi yang telah diselitkan dalam hadith palsu Bukhari tentang kecemburuan Sarah bini Nabi Ibrahim terhadap wanita hambanya bernama Hajar yang telah dihadiahkannya kepada Ibrahim untuk ditidurinya. 

Pertama sekali nama Sarah dan Hajar tidak tersebut di dalam Al Quran. Maksudnya Al Quran tidak boleh sahkan nama Sarah dan Siti Hajar yang tercatit dalam Bible Yahudi palsu serta hadith palsu.

Tanggapan bahawa seorang Rasul dan Nabi Allah seperti Ibrahim boleh mempunyai wanita hamba dan kemudian meniduri wanita hamba itu sangat bertentangan dengan semua ajaran Al Quran dan juga apa yang telah diajar Allah kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa. Para Nabi Allah telah datang untuk membebaskan hamba, bukan untuk meniduri hamba wanita diluar nikah. Yang berikut adalah ajaran Nabi kita sendiri dalam Al Quran :

Surah [90 : 4 - 16]

[4]  Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran; 
[5]  Patutkah manusia yang demikian keadaannya menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang dapat mengatasi kekuasaannya? 
[6]  Manusia yang demikian keadaannya berkata: "Aku telah habiskan harta benda yang banyak. 
[7]  Adakah ia menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang melihatnya? 
[8]  Tidakkah Kami telah menjadikan baginya: dua mata ? 
[9]  Dan lidah serta dua bibir ?
[10]  Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan? 
[11]  Dalam pada itu manusia tidak merempuh masuk mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan; 
[12]  Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui: apa dia amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu? 
[13]  Memerdekakan hamba abdi; 
[14]  Atau memberi makan pada hari kelaparan - 
[15]  Kepada anak yatim dari kaum kerabat, 
[16]  Atau kepada orang miskin yang terlantar di atas tanah.

Allah swt akan menunjuk manusia dua cara. Manusia mesti pilih cara yang memerlukan komitmen dan usaha yang lebih. Itulah jalan yang melibatkan usaha memerdekakan hamba abdi, memeberi makan kepada orang yang kelaparan, anak yatim dan orang miskin. Tidak sekali pun Allah swt menyuruh sesiapa pun, terutama sekali Nabi dan RasulNya untuk menyimpan hamba abdi dalam rumah mereka dan kemudian meniduri hamba abdi kepunyaan mereka. 

Ajaran Allah swt juga menyuruh semua kaum lelaki bernikah dengan wanita sebelum meniduri mereka. Tetapi hadith palsu ini memfitnah Nabi Ibrahim meniduri wanita hamba abdi kepunyaannya. 

Malangnya fitnah terhadap Nabi Ibrahim dan keluargnya masih diteruskan oleh ulama dalam hadith-hadith palsu. 

Jauh sebelum Al Quran diturunkan puak Yahudi dan Kristian telah pun fitnahkan Allah swt dan Nabi Ibrahim dengan cerita palsu Allah swt telah perintahkan Nabi Ibrahim mengorbankan anaknya Ishak.   

Cerita fitnah ini bertujuan memberi gambaran bahawa Nabi Ibrahim adalah pewaris agama liar yang tidak beradab, tidak beza daripada orang jahil zaman purba. 

Berikut adalah ajaran palsu Bible Yahudi yang berkenaan:

Kejadian 22

Ibrahim DiUji

22:1 Setelah semuanya itu Allah mencoba Ibrahim. Ia berfirman kepadanya: "Ibrahim," lalu sahutnya: "Ya, Tuhan."




22:2 Firman-Nya: "Ambillah anakmu yang tunggal itu, yang engkau kasihi, yakni Ishak, pergilah ke tanah Moria dan persembahkanlah dia di sana sebagai korban bakaran pada salah satu gunung yang akan Kukatakan kepadamu."

22:3 Keesokan harinya pagi-pagi bangunlah Ibrahim, ia memasang pelana keledainya dan memanggil dua orang bujangnya beserta Ishak, anaknya; ia membelah juga kayu untuk korban bakaran itu, lalu berangkatlah ia dan pergi ke tempat yang dikatakan Allah kepadanya.

22:4 Ketika pada hari ketiga Ibrahim melayangkan pandangnya, kelihatanlah kepadanya tempat itu dari jauh.

22:5 Kata Ibrahim kepada kedua bujangnya itu: "Tinggallah kamu di sini dengan keledai ini; aku beserta anak ini akan pergi ke sana; kami akan sembahyang, sesudah itu kami kembali kepadamu."

22:6 Lalu Ibrahim mengambil kayu untuk korban bakaran itu dan memikulkannya ke atas bahu Ishak, anaknya, sedang di tangannya dibawanya api dan pisau. Demikianlah keduanya berjalan bersama-sama.

22:7 Lalu berkatalah Ishak kepada Ibrahim, ayahnya: "Bapa." Sahut Ibrahim: "Ya, anakku." Bertanyalah ia: "Di sini sudah ada api dan kayu, tetapi di manakah anak domba untuk korban bakaran itu?"

22:8 Sahut Ibrahim: "Allah yang akan menyediakan anak domba untuk korban bakaran bagi-Nya, anakku." Demikianlah keduanya berjalan bersama-sama.

22:9 Sampailah mereka ke tempat yang dikatakan Allah kepadanya. Lalu Ibrahim mendirikan mezbah di situ, disusunnyalah kayu, diikatnya Ishak, anaknya itu, dan diletakkannya di mezbah itu, di atas kayu api.

22:10 Sesudah itu Ibrahim mengulurkan tangannya, lalu mengambil pisau untuk menyembelih anaknya.

22:11 Tetapi berserulah Malaikat TUHAN dari langit kepadanya: "Ibrahim, Ibrahim." Sahutnya: "Ya, Tuhan."

22:12 Lalu Ia berfirman: "Jangan bunuh anak itu dan jangan kauapa-apakan dia, sebab telah Kuketahui sekarang, bahwa engkau takut akan Allah, dan engkau tidak segan-segan untuk menyerahkan anakmu yang tunggal kepada-Ku."

22:13 Lalu Ibrahim menoleh dan melihat seekor domba jantan di belakangnya, yang tanduknya tersangkut dalam belukar. Ibrahim mengambil domba itu, lalu mengorbankannya sebagai korban bakaran pengganti anaknya.

22:14 Dan Ibrahim menamai tempat itu: "TUHAN menyediakan"; sebab itu sampai sekarang dikatakan orang: "Di atas gunung TUHAN, akan disediakan."

22:15 Untuk kedua kalinya berserulah Malaikat TUHAN dari langit kepada Ibrahim,

22:16 kata-Nya: "Aku bersumpah demi diri-Ku sendiri--demikianlah firman TUHAN--:Karena engkau telah berbuat demikian, dan engkau tidak segan-segan untuk menyerahkan anakmu yang tunggal kepada-Ku,

22:17 maka Aku akan memberkati engkau berlimpah-limpah dan membuat keturunanmu sangat banyak seperti bintang di langit dan seperti pasir di tepi laut, dan keturunanmu itu akan menduduki kota-kota musuhnya.

22:18 Oleh keturunanmulah semua bangsa di bumi akan mendapat berkat, karena engkau mendengarkan firman-Ku."

Demikianlah cerita palsu Bible Yahudi tentang nabi Ibrahim sanggup mengorbankan anaknya Ishak kerana kononnya itulah perintah Tuhan. Ulama ahlul sunnh dan syiah telah ditipu oleh Yahudi untuk menerima cerita fitnah ini sebagai ajaran Nabi yang sahih. Maka dimuatkan fitnah palsu ini ke dalam koleksi hadith Bukhari dan lain-lain.

Sehingga hari ini, untuk kekalkan ajaran palsu ini tanpa disedari, puak ahlul sunnah dan syiah korbankan kambing, unta dan lembu  pada Hari Raya Aidil Adha ia itu sebahagian daripada upacara "naik haji" di Mekah. 

Kisah Nabi Ibrahim cuba korbankan anaknya yang sebenarnya dicatit dalam Al Quran tetapi amat bertentangan dan bercanggah daripada ajaran ulama hadith dan Bible Yahudi. 

Ayat Al Quran yang menceritak hal ini sungguh indah dan bebas daripada kepercayaan karut dan syirik para ulama.

Sura 37

[102] Maka ketika anaknya itu sampai berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam tidurku (manami) bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar". 

[103]  Setelah keduanya berserah bulat-bulat, dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, 

[104]  Serta Kami menyerunya: "Wahai Ibrahim! 

[105] "Engkau telah menyempurnakan mimpi (ru'ya) yang engkau lihat itu". Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. 

[106] Sesungguhnya itu adalah satu ujian yang nyata;
[107] Dan Kami tebus anaknya itu dengan satu sembelihan yang besar

[108]  Dan Kami kekalkan baginya dilakalangan orang-orang yang datang kemudian: 

[109] "Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!". 

[110] Demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. 

[111]  Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu dari hamba-hamba Kami yang beriman. 

Inilah kisah benar tentang apa yang dilihat Nabi Ibrahim dalam mimpinya. Tapi sudah pasti apa yang di mimpi Nabi Ibrahim bukanlah perintah Tuhan. Ianya hanya mimpi. Marilah kita lihat apa yang disebut Al Quran.

Pertama sekali kita lihat semula Surah 37:102 :

[102] Maka ketika anaknya itu sampai berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam tidurku (manami) bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar".

Kita lihat Nabi Ibrahim merasa ragu dengan apa yang dilihat dalam mimpinya itu. Beliau kurang pasti akan mimpi itu sehingga terpaksa bertanya kepada anaknya "apakah pendapatmu". 

Ini amat bertentangan dengan kalimah Allah yang mengatakan bahawa Allah swt hanya memberi perintah yang jelas kepada para RasulNya bebas daripada sebarang keraguan dan syak wasangka. Sila lihat ayat berikut :

Surah 10:15 “Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang jelas nyata..”

Surah 7:101 “dan sesungguhnya telah datang kepada mereka Rasul-rasul mereka dengan keterangan-keterangan yang nyata”

Surah 2:87 “dan Kami berikan kepada Isa Ibni Maryam keterangan jelas (bayyinaati)”

Surah 2:92 “Dan sesungguhnya telah datang kepada kamu Musa membawa keterangan jelas (bayyinaati)”

Maka amat mustahil bahawa Allah swt boleh memberi 'perintah' yang begitu kabur kepada Nabi Ibrahim dalam mimpinya sehingga Ibrahim terpaksa bertanya kepada anaknya "apa pendapat kamu"?

Ini bukan tabiat seorang Rasul yang ditanggungjawabkan untuk menjalankan perintah Allah swt. 

Kita juga boleh melihat perintah Allah swt yang mengatakan dengan jelas bahawa membunuh anak kita adalah perbuatan jahil:

[Surah 6.151] “Katakanlah: "Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah membuat baik kepada ibu bapa; dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan. Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka dan janganlah kamu hampiri kejahatan - yang terang daripadanya dan yang tersembunyi; dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah melainkan dengan jalan yang hak. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya. ..

Nabi kita telah mengajar ayat-ayat Allah swt kepada kita yang menjelaskan kita tidak boleh membunuh anak kita kerana takut kepapaan. Maka amat mustahil bagi Tuhan memerintah seorang NabiNya untuk membunuh anak dia sendiri.

Tambah lagi ayat itu menjelaskan "dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah melainkan dengan jalan yang hak". Di manakah letaknya 'jalan yang baik' ataupun keadilan untuk membunuh anak Nabi Ibrahim yang langsung tidak berdosa? Apakah dosa yang dilakukan oleh anaknya yang layak dibalas dengan dibunuh?

Dan dalam ayat berikut pula Allah swt perintahkan kita bahawa perbuatan membunuh anak adalah budaya kaum musyrik jahiliyah. 

[Surah 6.137] “Dan demikianlah juga (jahatnya) ketua-ketua yang orang-orang musyrik itu jadikan sekutu bagi Allah, menghasut kebanyakan dari mereka dengan kata-kata indah yang memperlihatkan eloknya perbuatan membunuh anak-anak mereka, untuk membinasakan mereka, dan untuk mengelirukan mereka nengenai ugama mereka. Dan kalau Allah kehendaki, nescaya mereka tidak melakukannya. Oleh itu biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan itu. 

Perintah Allah swt amat jelas - membunuh anak sendiri adalah perbuatan kaum musyrik jahiliyah yang "memperlihatkan eloknya perbuatan membunuh anak-anak mereka". Oleh itu ianya mustahil sekali bagi Allah swt perintah Nabi Ibrahim membunuh anaknya pula. Membunuh anak sendiri adalah perbuatan musyrik jahiliyah.

Para ulama akan menolak kesemua ayat-ayat Quran ini. Dengan itu para ulama yang menolak ayat-ayat Al Quran terus menjadi kafir. Mereka adalah kafir. Mereka lebih rela percaya fitnah Yahudi Bible bahawa Allah swt telah perintahkan Nabi Ibrahim membunuh anaknya. 

Untuk menegakkan kekafiran mereka, para ulama akan menjawab bahawa Allah swt tidak bermaksud untuk Nabi Ibrahim membunuh anaknya. Ianya hanyalah satu ujian bagi Nabi Ibrahim. Ini hanya satu lagi fitnah oleh para ulama yang telah dipecahkan tembelangnya oleh ayat yang berikut pula : 

[Surah 60.12] Wahai Nabi! Apabila orang-orang perempuan yang beriman datang kepadamu untuk memberi pengakuan taat setia, bahawa mereka tidak akan melakukan syirik kepada Allah dengan sesuatu pun, dan mereka tidak akan mencuri, dan mereka tidak akan berzina, dan mereka tidak akan membunuh anak-anaknya, dan mereka tidak akan melakukan sesuatu perkara dusta yang mereka ada-adakan dari kemahuan hati mereka, dan mereka tidak akan menderhaka kepadamu dalam sesuatu perkara yang baik, - maka terimalah pengakuan taat setia mereka dan pohonkanlah kepada Allah mengampuni dosa mereka; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." 

Dalam ayat ini, dengan begitu jelas sekali Allah swt perintahkan Nabi kita menguji kesetiaan wanita-wanita yang beriman dengan mengambil pengakuan daripada mereka bahawa mereka tidak akan membunuh anak-anak mereka. Ini adalah membunuh anak adalah satu perbuatan yang amat berdosa. Maka amat mustahil bagi Allah swt menguji Nabi Ibrahim pula dengan menyuruh Nabi Ibrahim membunuh anak dia. 

Dan apakah Nabi Ibrahim tidak tahu menahu bahawa membunuh anak sendiri itu adalah perbuatan yang sangat berdosa yang dilarang Allah? Tentu sekali Nabi Ibrahim tahu akan perintah Allah ini kerana Al Quran menceritakan bahawa segala ajaran Quran telah pun diwahyukan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa dari sebelumnya. 

Surah 87 : 18 – 19

[18]  Sesungguhnya ini ada di dalam Kitab-kitab yang terdahulu
[19]  Iaitu Kitab-kitab Nabi Ibrahim dan Nabi Musa.

Sudah tentu sekali Allah swt telah mewahyukan lebih awal lagi kepada kepada Nabi Ibrahim bahawa membunuh anak adalah perbuatan yang sangat berdosa. 

Tetapi ceritanya menjadi lain dalam Bible Yahudi yang penuh dengan fitnah itu. Bible Yahudi mengajar fitnah besar bahawa Allah swt telah memerintah Nabi Ibrahim untuk membunuh anaknya. Padahal apa yang telah berlaku ialah Nabi Ibrahim hanya bermimpi dalam tidurnya. Ianya bukan perintah Tuhan.

Ajaran seperti membunuh anak sendiri tidak ganjil dalam Bible Yahudi yang juga mengajar penganutnya meminum arak sebagai pengganti meminum darah Nabi Isa dan memakan roti sebagai pengganti memakan daging daripada tubuh Nabi Isa. 

Kepercayaan membunuh anak, meminum darah dan memakan daging nabi Isa menunjukkan asal usul jahil agama Bible Yahudi. Ianya amat bertentangan dengan ajaran Al Quran. Malang sekali ulama ahlul sunnah dan syiah telah rela menelan ajaran palsu Bible Yahudi ini untuk dijual sebagai hadith sahih, ajaran Nabi dan ajaran Islam. Ini adalah penipuan mereka semata. 

Al Quran menjelaskan lagi bahawa membunuh seorang insan yang tidak berdosa itu adalah satu dosa yang amat besar. 

Surah 4:93 "Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal ia di dalamnya, dan Allah murka kepadanya, dan melakanatkannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar

Balasan untuk membunuh orang lain adalah neraka jahanam. Sila lihat ayat ini juga : 

"Dan tidak harus sama sekali bagi seseorang mukmin membunuh seorang mukmin yang lain, kecuali dengan tidak sengaja... " 4:92

Sekali lagi orang yang beriman tidak boleh membunuh seorang yang beriman, kecuali dengan tidak sengaja. Membunuh manusia melanggar perintah Allah swt. 

Al Quran juga menjelaskan bahawa Allah swt tidak sekali pun menyuruh manusia membuat sebarang perbuatan yang keji atau berdosa. 

" ...Dan apabila mereka melakukan sesuatu perbuatan yang keji, mereka berkata: "Kami dapati datuk nenek kami mengerjakannya, dan Allah perintahkan kami mengerjakannya". Katakanlah "Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji. Patutkah kamu mengatakan terhadap Allah apa yang kamu tidak mengetahuinya?" Surah 7:28.

Jadi harus kita fikir - setelah mengajar kita bahawa

i.  membunuh anak itu adalah perbuatan orang jahil
ii. balasan bagi membunuh orang adalah neraka jahanam
iii.orang beriman tidak boleh membunuh seorang yang beriman kecuali dengan tidak sengaja
iv. Allah swt tidak akan sekali-kali pun menyuruh kita membuat perbuatan keji

maka bolehkah Allah swt memerintah nabiNya membunuh anaknya sendiri?

Jika kita meneliti semua fakta ini satu persatu kita akan jelas bahawa anak Nabi Ibrahim adalah seorang mukmin dan soleh. Maka perbuatan membunuh anak yang mukmin dan soleh adalah satu dosa yang sangat besar.  Dan Allah swt tidak pernah menyuruh NabiNya membuat dosa. 

Nabi Ibrahim telah bermimpi dalam tidurnya tetapi mimpi itu bukan perintah daripada Allah. 

Tetapi oleh kerana Nabi Ibrahim adalah seorang yang beriman maka Allah swt telah menyelamatkannya serta anaknya daripada satu bencana besar :

"Dan Kami tebus anaknya itu dengan satu sembelihan yang besar" (37:107).

Sudah tentu sekali para ulama ahlul sunnah dan syiah akan menolak kesemua ayat-ayat Quran ini. Ini adalah kerana mereka telah dirasuk syaitan Bible Yahudi. Mereka lebih selesa jadi kafir. Mereka lebih selesa percaya fitnah Yahudi bahawa Allah swt telah perintah NabiNya membunuh anak sendiri. 

Sudah sekian lama para ulama telah menjadi agen Yahudi dengan memberi nyawa kepada ajaran palsu Bible Yahudi untuk menghancurkan umat Islam dengan kepercayaan syirik.